suria

Takut disaman... remaja mohon maaf tuduh Syafie Naswip terlibat parti liar - “Orang macam ni kena bagi pengajaran”

Syafie berang dengan tindakan seorang remaja perempuan yang mendakwa kononnya melihat kelibat aktor itu disebuah parti.

PELAKON Syafie Naswip meluahkan rasa marah terhadap tindakan seorang remaja perempuan yang membuat tuduhan seolah-olah aktor itu terlibat dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Ia bermula apabila sebuah video berdurasi 56 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki termasuk beberapa Instafamous yang sedang leka menari di sebuah parti tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Aishah Azman menumpang rumah Syafie Naswip? Ini cerita ‘dalam kain’ sebelum putus tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Nama bersih Syafie Naswip dikenali sebagai budak baik tercemar selepas 13 tahun dalam industri

Video itu menerima pelbagai reaksi negatif netizen yang rata-ratanya kecewa dengan tindakan beberapa remaja lelaki yang terlibat dengan gejala tidak senonoh.

Antara respon Syafie terhadap individu terbabit.

Bagaimanapun, komen seorang remaja perempuan dengan nama @AsyAhmd yang mendakwa kononnya ternampak individu menyerupai Syafie mendapat perhatian pelakon itu.

"Macam nampak Syafie Naswip tu," tulisnya.

Tanpa berdiam diri, Syafie yang berang dengan tuduhan itu kemudiannya menegur remaja berkenaan dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan itu.

"Yang mana yang macam saya tu? Awak pernah rasa nak disaman dan dimalukan satu Malaysia tak? Kalau nak saya boleh bawa komen awak ni kerana memfitnah saya di media sosial. Saya dah screenshot awak punya komen dan link Twitter.

Biar mak ayah mereka ni tahu apa anak-anak mereka buat dengan media sosial. 

SYAFIE NASWIP

PELAKON

"Orang macam ni rasanya kena bagi pengajaran supaya dia ingat langit dan bumilah gamaknya.

"Biar mak ayah mereka ni tahu apa anak-anak mereka buat dengan media sosial. Menulis biar ada kognitif yang bagus adik. Jangan jadi bodoh di media sosial!" katanya.

Menyedari komennya itu mendapat perhatian Syafie, remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dihantar kepada pelakon filem Mukhsin itu.

Instafamous, Syafie Naswip

Artikel Lain