suria

Itu loket siput! Ramona Zamzam rimas dianggap jahil - “Semua benda nampak macam lambang salib ke?”

Ramona perjelaskan mengenai bentuk pada loket rantai yang dipakai olehnya. Foto Instagram @ramonazamzam

PERKONGSIAN foto pelakon Ramona Zamzam bersama aktres Intan Najuwa mengundang curiga pengikut apabila loket pada rantai emas yang dipakainya dikatakan seperti lambang salib.

Enggan membiarkan netizen terus membuat spekulasi, Ramona tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi laman Instagram pada Ahad.

"Serius semua benda nampak macam lambang salib? Saya faham anda nak jadi seorang yang tahu tentang agama tapi jadi alim sampai semua jadi negatif payahlah kak oi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pelakon’ Turki godam Instagram Ramona Zamzam

"Nampak macam salib ke dalam gambar?” katanya.

Ramona menulis penjelasan mengenai loket dipakainya di Instagram.

Bersama penjelasan itu, Ramona turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan pengikut tersebut.

Malah, dia turut berkongsi bentuk sebenar loket tersebut berserta nama dan harga aksesori berkenaan.

"Sis maaf, tu loket bentuk apa ya? Nampak macam salib," tanya seorang netizen.

Rupanya loket disangka lambang salib itu berbentuk siput!

Perkongsian Ramona itu turut menarik perhatian pengikut yang berpendapat netizen tersebut terlalu cepat membuat andaian terhadap sesuatu perkara.

"Ya, saya pun lemaslah dengan orang macam ini, macamlah kita ni jahil sangat tak reti nak beza.

"Cantik sangat rantai tu, tapi buta ke apa tak boleh beza bentuk salib dengan bentuk siput. Sabar sajalah!

"Nak alim boleh, tapi tengok tempat dulu, maaf konon, bagi saya sebelum berkata negatif fikir dulu dosa sebelum komen tentang orang lain," komen pengikut.

Ramona Zamzam, Intan Najuwa

Artikel Lain