suria

Nasib kaulah Fizo! Orang lain berlakon beribu-ribu ‘follower’ masuk, Fizo Omar pula hilang 5,000 pengikut kerana watak Ikram dalam Adellea Sofea

Fizo kehilangan pengikut di Instagram kerana watak antagonis dalam Adellea Sofea.

GARA-GARA melakonkan watak antagonis dalam drama Adellea Sofea, pelakon Fizo Omar mendedahkan dia kehilangan lebih 5,000 pengikut di laman Instagram.

Menurut Fizo, watak Ikram yang dilakonkan itu benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton sehingga ada yang terbawa-bawa emosi di luar skrin.

"Penangan Ikram! Lebih 5,000 unfollow aku dekat Instagram bro!! tuan pengarah Shahrulezad Mohameddin gelakkan aku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap hari saya makan kek batik!” - Ungku Ismail amal diet pelik dalam drama Adella Sofea untuk tambah berat badan

ARTIKEL BERKAITAN: Intai set drama Adellea Sofea, Ungku Ismail nampak ‘sweet’ nak kongsi air dengan Mira Filzah

"Yang dah unfollow tu jangan emo sangat ya, nanti dah habis Adellea Sofea korang follow aku balik. Lagi dua hari saja, lepas itu aku taubat dah... dan aku sanggup berubah kalau dapat Sofea.

"Ini abang (Shahrulezad) punya fasallah! Terima kasih banyak kepada Shahrulezad yang menjahatkan Ikram dan mengasah (bakat) aku dekat set," katanya menerusi Instagram pada Ahad.

Fizo berkongsi mengenai jumlah pengikut berkurangan di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Fizo memuat naik semula paparan skrin perbualan Whatsapp dia bersama Shahrulezad.

Dalam perbualannya itu, Shahrulezad berkata ada penonton yang marah dengan watak Ikram sehingga mengaitkannya dengan kisah peribadi Fizo.

"Siap ada cakap patut dia bercerai dengan Mawar sebab jahat sangat," tulis Shahrulezad merujuk pada komen penonton.

Sementara itu, selaku pengarah, dia turut tidak menyangka watak Ikram itu menyebabkan Fizo dibenci dan memberi kesan kepada jumlah pengikut di Instagram.

Fizo Omar bawa watak Ikram dengan begitu baik.

"Nasib kau la Fizo, orang lain berlakon drama meletop beribu-ribu pengikut masuk.

"Kau pulak beribu-ribu peminat unfollow sebab benci... yang follower pun alahai, emo tak agak-agak," tulis Shahrulezad.

Drama Adellea Sofea bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

Selain Fizo, ia turut dibintangi oleh pelakon Mira Filzah, Ungku Ismail, Bella Dally dan Jasmine Suraya.

Fizo Omar, Adellea Sofea

Artikel Lain