suria

Tiada adab! Datang melawat Puteri Balqish sambil buat video minta sumbangan

Netizen marah tindakna sekumpulan individu yang tidak menghormati keadaan Puteri Balqis.

TINDAKAN sekumpulan individu yang datang menziarahi pelakon cilik Puteri Balqis di rumahnya menimbulkan kemarahan netizen.

Menerusi video berdurasi kira-kira lima minit yang dikongsi sebuah blog hiburan, kumpulan yang mewakili sebuah produk kesihatan itu mendedahkan keadaan kesihatan pelakon kanak-kanak itu.

Kumpulan yang bertujuan menyerahkan sumbangan mereka turut memaparkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang terbaring dalam keadaan tidak bermaya.

Salah seorang wakil kumpulan itu menerusi video berkenaan meminta orang ramai yang berhampiran datang menziarah dan memberi sumbangan kepada keluarga pelakon tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap ia sebagai tidak mempunyai adab.

Video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Kumpulan itu dilihat cuba meraih perhatian masyarakat dengan cara nada yang kuat dan tidak menghormati Balqis yang sedang sakit.

"Mana adab ziarah? Kesian Balqis. Membantu tu sudah bagus, tapi sampai nak suruh Balqis komen sudah kenapa?

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya," ujar salah seorang netizen.

Malah, pelakon veteran Fauziah Nawi turut meninggalkan komen mempersoalkan perkara berkenaan.

"Allah... kenapa rakam macam itu. Anak itu sakit. Nama dia pun anda tak tahu," ujarnya.

Pada Julai lalu, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Balqis bersama hastag #fightcancer mengejutkan ramai pihak.

Menerusi laporan sebuah portal, ibu kanak-kanak itu, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser.

Sebelum itu Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Manakala, ruang komen akaun Instagram yang menggunakan nama @rockingbalqis telah ditutup.

Puteri Balqis

Artikel Lain