Kalau bayi dalam perut terus songsang, terpaksa bedah - Almy Nadia - Hiburan | mStar

Kalau bayi dalam perut terus songsang, terpaksa bedah - Almy Nadia

Almy risau perlu jalani pembedahan sekiranya bayinya masih di kedudukan songsang.

SELEPAS melakukan pemeriksaan kehamilan yang kini memasuki 37 minggu, doktor mengesahkan kedudukan bayi dalam kandungan Datin Almy Nadia
dalam keadaan songsang.

Almy, 32, berkata dia perlu membuat keputusan untuk bersalin secara normal atau pembedahan jika bayinya masih tidak berada di kedudukan yang betul.

"Hari ini (Selasa) pergi checkup. Kandungan 36 minggu tiga hari. Doktor cakap baby songsang.

"Minggu depan 37 minggu jumpa doktor lagi, kalau baby tak duduk di kedudukannya kena buat keputusan antara bersalin normal atau potong perut (pembedahan)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Biarlah Almy macam itu, janji dia sihat" - Fizz Fairuz


Almy gemuruh apabila doktor memberitahu kedudukan bayinya dalam keadaan songsang.

Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz ini memberitahu perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya mendoakan dia dan bayi dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan proses bersalin.

Dalam pada itu, Almy mengakui dia berasa gemuruh apabila doktor memberitahu perkara tersebut kepadanya.

Aktres itu juga memohon semua orang mendoakan dia dan bayinya berada dalam keadaan baik dan berharap tidak perlu menjalani pembedahan.

Almy dan Fizz bakal timang anak ketiga.

"Doakan saya dan bayi saya berada di kedudukan yang betul ya semua. Jadi gemuruh bila doktor cakap nak kena bedah.

"Sebab dua anak saya bersalin normal. Jadi kalau boleh tak nak la nak kena bedah-bedah ini. Doakan saya agar selamat semuanya ya," ujarnya.

Sebelum ini, Fizz dan Almy mengumumkan bakal menimang anak ketiga menerusi laman Instagramnya pada 2 Mei lalu.

Pasangan ini bernikah pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.

Mereka juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina yang kini berusia sembilan tahun.

Almy Nadia , Fizz Fairuz

Artikel Lain