suria

Tak perlu pun gimik, lagu Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana jadi ‘trending 1’

Lagu Wanitaku Nadmi Adhwa dan Ardell Aryana raih 600,000 tontonan lima hari dilancarkan.

PELAKON Nadzmi Adhwa terharu apabila muzik video lagu terbaharunya berjudul Wanitaku mendapat perhatian apabila ia kini trending di YouTube.

Lagu tersebut kini mendapat lebih 600,000 tontonan dalam tempoh lima hari dilancarkan di laman muzik itu.

Muzik video berdurasi enam minit itu turut menampilkan pelakon Ardell Aryana dan ia merupakan kemunculan pertama pelakon wanita itu selepas dikhabarkan menderita penyakit kanser.

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana pilih berdiam diri, enggan peminat sedih

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell mohon maaf... semakin kurang bercakap

Malah Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, turut menyumbangkan suara dalam lagu berkenaan.

Hubungan Nadzmi dan Ardell menjadi perhatian netizen.

Dalam pada itu, Nadzmi menerusi Instagramnya meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada penonton yang menyokong kerjaya nyanyiannya.

"Apa? #WanitaKu Trending No.1 dekat youtube? Kau gelak sebab kau tak sangka kan weh @ardellaryana?

"Aku pun sama. Terima kasih semua sebab sudi dengar dan layan lagu Wanitaku ni. Terima kasih juga sebab terima muzik video ini dan bagi sokongan yang sangat padu.

"Usaha saya berbaloi. Saya sayang korang semua tau sumpah. Walaupun tiada liputan tentang lagu ini, tiada gimik dan walaupun kami ini tidak popular tapi Alhamdulillah kami bersyukur ada korang semua yang sentiasa sokong," ujarnya.

Nadzmi dan Ardell pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa namun mereka menepis tanggapan itu.

Selain itu, netizen tersentuh dengan jalan cerita muzik video yang dikatakan menyentuh hati.

Segelintirnya juga berpendapat lagu itu menggambarkan hubungan persahabatan sebenar antara mereka.

Pasangan ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta, namun dinafikan oleh Nadzmi yang menganggap mereka sekadar rakan baik.

Lagu ciptaan Aiman Sidek itu mengisahkan tentang persahabatan dan kasih sayang di antara dua rakan baik.

Bagaimanapun, dia hanya menyerdari perasaan sayang itu selepas ditinggalkan.

Nadmi Adhwa, Ardell Aryana

Artikel Lain