Jangan nak kongsi video cium mulut, anak-anak tengok - Zul Yahya tegur rakan artis - Hiburan | mStar

Jangan nak kongsi video cium mulut, anak-anak tengok - Zul Yahya tegur rakan artis

Zul Yahya menegur segelintir artis yang gemar memuat naik foto seksi dan bercumbuan di laman sosial.

PELAKON Zul Yahya membuat teguran kepada rakan-rakan selebriti yang gemar memuat naik foto seksi dan video bercumbuan di laman sosial.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 45, berkata golongan selebriti sentiasa menjadi perhatian dan sepatutnya mereka perlu menjaga akhlak.

"Kepada rakan-rakan artis janganlah pergi muat naik foto-foto seksi dan video cium mulut.

"Artis ini banyak yang memerhati. Tambah lagi yang kanak-kanak. Jagalah akhlak," kata pelakon yang pernah popular menerusi drama Dunia Anita.


Zul memuat naik tegurannya menerusi laman Instagram.

Zul memuat naik teguran tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu dan rata-rata pengikutnya turut menyokong kenyataannya itu.

Menurut mereka, segelintir artis sukar untuk menerima teguran kerana sudah tidak ada lagi perasaan malu melakukan sesuatu yang tidak elok.

"Orang sekarang tak boleh ditegur Zul. Rasanya tak ada istilah jahil kalau hidup zaman sekarang. Ini semua kehendak sendiri di mana tiada lagi perasaan segan silu dan malu.

Zul kini lebih aktif mengikuti dan menyertai ceramah serta forum agama.

"Banyak pengikut artis yang taksub sangat dengan artis. Kita tegur cara elok, kita kena balik. Kita tegur cara kasar nanti dicakap kita tegur cara tak baik.

"Betul... Setuju sangat. Artis ini bila ditegur, ada saja jawapannya. Tunjuklah kelakuan boleh dicontohi sikit," tulis beberapa pengikutnya di laman sosial.

Difahamkan Zul kini sibuk menguruskan perniagaan kedai makan steamboat miliknya di Meru Raya, Meru, Perak.

Menerusi laman sosial Zul kerap mengikuti dan menyertai ceramah-ceramah agama semenjak beberapa tahun tidak lagi aktif dalam dunia seni.

Zul Yahya

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain