“Anak sakit bukan berita hangat!” – Luah ibu Puteri Balqis

Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin. Foto Instagram: @thohustler.

PETALING JAYA: Berita mengenai pelakon Puteri Balqis yang dikatakan mengidap kanser menjadi perhatian umum.

Ibunya Norashikin Mohd Aziz berang apabila menerima mesej peribadi daripada rakannya yang menganggap kisah anaknya sakit itu berita sensasi.

Menurut Norashikin, keadaan anaknya itu bukan sesuatu berita yang perlu dihangatkan atau disensasikan.

"Bila orang DM/whatsapp kau: 'babe, aku ada dengar berita sensasi ni, cerita panas anak kau sakit?'"

Ibu kepada Puteri Balqis menegaskan berita mengenai anaknya sakit bukan untuk disensasikan.

"Jawapan gua (saya): Anak sakit bukan berita hangat/cerita sensasi, syaitan. Gua (saya) bukan makcik bawang," tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial meminta agar dia bersabar dan mendoakan pelakon cilik berusia 11 tahun itu pulih dengan cepat.

"Sabar mummy. Waktu macam ini memang ramai syaitan berkeliaran. Jaga diri. Moga Aqish cepat sembuh, cepat sihat dan kembali ceria macam selalu. Amin.

"Sabar. Mungkin dia belum tamat sekolah. Tu pasal perangai macam tu. Kau tak payah layan. Aku doakan semoga Allah berikan kesembuhan dan kurniakan kesihatan Aqish.

Foto terbaharu Puteri Balqis yang dimuat naik di Instagram ibunya.

"Abaikan orang yang sebegitu. Kita tak perlukan orang seperti itu. Saya doakan semoga Puteri Balqis semakin sihat hendaknya," komen beberapa pengikut di laman sosialnya.

Sebelum ini, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Balqis bersama #fightcancer mengejutkan ramai pihak.

Menerusi laporan sebuah portal online, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser.

Terdahulu, Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Manakala, ruang komen akaun Instagram yang menggunakan nama @rockingbalqis telah ditutup.

Puteri Balqis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain