“Saya tunggu dia masuk meminang” - Ainul Aishah sedia bergelar isteri tahun ini - Hiburan | mStar

“Saya tunggu dia masuk meminang” - Ainul Aishah sedia bergelar isteri tahun ini

Ainul dan Khalid sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta sejak April 2017.

PELAKON Ainul Aishah meluahkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Khalid Rezuan.

Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 35, berkata, dia tidak mahu menunggu lebih lama memandangkan umurnya kini yang semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'Sado' Mana Dipeluk Ainul Aishah?

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Aishah terima hakikat kurang tawaran kerana usia meningkat

"Kalau bercakap soal jodoh sudah tentu saya nak secepat yang mungkin sebab saya bukan semakin muda... kami pun sudah tiga tahun bersama.

Ainul menyatakan kesediaan untuk bergelar isteri kepada Khalid Redzuan.

"Umur saya pun dah 35 tahun ni kalau boleh taknaklah berkahwin pada umur 36.

"Insyallah kalau ada jodoh dalam tahun ini ke... itupun kalau diizinkan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon filem Suraya ini ada menyatakan kesediaan untuk mendirikan rumah tangga.

Namun katanya, dia terpaksa menunggu jawapan daripada pihak lelaki.

Kalau boleh buat apa nak tunggu lagi, saya teringin untuk ada anak dan bina keluarga sendiri.

AINUL AISHAH

PELAKON

"Kalau nak ikutkan saya tunggu dia (Khalid) je untuk masuk meminang. Tapi apapun, nak kena tanya pihak disebelah sanalah.

"Saya perempuan... saya nak cakap lebih-lebih pun susah. Kalau boleh buat apa nak tunggu lagi, saya teringin untuk ada anak dan bina keluarga sendiri.

"Ya, sebelum ini saya ada saja berjumpa dengan mak dan ayah dia. Saya juga sangat rapat dengan adik-beradik dia. Cuma yang betul-betul duduk berbincang untuk berkahwin itu belum lagi," ujarnya.

Ainul dan Khalid mula menjalinkan hubungan cinta pada April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram miliknya.

Ainul Aishah , Suraya , Khalid Rezuan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

6 polis cedera helikopter terhempas