“Saya akan bertanggungjawab!” - Sweet Qismina cari pahala, kumpul sumbangan untuk bersedekah di Makkah - Hiburan | mStar

“Saya akan bertanggungjawab!” - Sweet Qismina cari pahala, kumpul sumbangan untuk bersedekah di Makkah

Sweet akan menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.

PELAKON Sweet Qismina mengambil inisiatif mengumpul sumbangan orang ramai yang berniat untuk bersedekah di Tanah Suci Makkah.

Sweet, 23, yang bakal menunaikan ibadah umrah pada minggu hadapan itu berkata, ia adalah salah satu usaha untuk dia mencari sebanyak mungkin pahala sepanjang menunaikan ibadah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina tampil dengan imej rambut perang - “Ini bukan diri saya”

"Tujuan saya membuat tabung sumbangan ini adalah untuk menolong mereka yang tidak dapat ke sana.

"Saya juga terfikir apabila ustaz bercakap bahawa pahala boleh diraih dengan pelbagai cara, jadi ini adalah salah satu cara yang boleh saya gunakan dan secara tidak langsung membantu orang ramai yang berniat ingin bersedekah di sana," katanya kepada mStar.

Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina menerusi laman Instagramnya memberitahu kutipan yang dilakukan sejak dua hari lalu kini sudah mencecah RM2,500.

Jumlah sumbangan yang telah dibuat oleh masyarakat ke akaun Sweet Qismina

Dalam pada itu, Sweet mengakui ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang besar untuk dipikulnya.

Katanya, dia juga akan mengemaskini jumlah kutipan yang diterimanya dari semasa ke semasa.

"Bagi mengelakkan salah faham saya akan update dari semasa ke semasa tentang duit yang sudah terkutip.

"Saya sendiri akan bertanggungjawab untuk memulangkan semula duit-duit derma dengan menggunakan duit saya sendiri jika apa-apa yang tidak dijangka berlaku," ujarnya.

Sweet bakal menjalani ibadah umrah bersama keluarganya pada 26 Januari ini.

Sweet Qismina , sumbangan , Umrah

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain