“Bila bantu kata ambil kesempatan, tak bantu tanya pula!” - Aliff Syukri dituduh tak ikhlas beri sumbangan kepada Puteri Balqis

Aliff Syukri tidak kisah dengan komen netizen yang mempertikaikan niatnya menghulurkan bantuan dan sumbangan.

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri enggan mengambil peduli segelintir pihak yang mempersoalkan niatnya untuk membantu pelakon, Puteri Balqis.

Menurut Aliff, dia menghulurkan sumbangan itu selepas mengetahui kesukaran hidup Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz seperti dipaparkan dalam satu rancangan televisyen.

"Bila kita bantu orang kata ambil kesempatan, kalau tak bantu orang tanya pula kenapa tak bantu. Biarlah orang nak kata apa pun! Saya hanya membantu orang yang dalam kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sebak... kesempitan hidup dapat perhatian masyarakat - “Tiada apa yang malu nak dikongsikan”

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis ‘hilangkan diri’, tutup akaun Instagram selepas tular video mengaku mahu main Forex guna wang sumbangan

"Secara jujurnya, Balqis pernah mesej peribadi (DM) di Instagram dua tahun lalu tapi kami tak perasan, dia DM minta bantuan, cumanya apabila kisahnya dipaparkan dalam program Bersamamu, barulah kita tahu dia pernah mesej kita.

"Jadi kami follow up untuk beri sumbangan... kita tak nak tahu cerita disebalik keluarganya, kita hanya datang untuk bagi sumbangan dan bantu apa yang perlu.," katanya kepada mStar.

Aliff memuat naik temubual bersama Balqis dan ibunya di laman Youtube.

Sebelum ini, ada netizen dan beberapa selebriti meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Aliff Syukri dilihat seakan-akan mengambil kesempatan di atas kesusahan hidup aktres tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik rakaman temubual bersama pelakon drama Akulah Balqis itu di laman Youtube dan mengajukan beberapa soalan yang difikirkan kurang sesuai.

Sementara itu, ditanya berapakah jumlah sumbangan yang diserahkan kepada Puteri Balqis, Aliff enggan mendedahkan angka tersebut.

Jumlah sumbangan biarlah rahsia, tapi kalau adik Balqis nak bekerjasama dalam produk dan perniagaan kita sedia membantu.

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Bagaimanapun, dia terbuka untuk membantu menjana pendapatan remaja itu dalam bentuk kerjasama produk dan perniagaan.

"Jumlah sumbangan biarlah rahsia, tapi kalau adik Balqis nak bekerjasama dalam produk dan perniagaan kita sedia membantu.

Kisah kesempitan hidup Balqis mendapat perhatian masyarakat.

"Sejujurnya saya sebak dengar kisah Balqis ini sebabnya kita tak tahu laluan hidupnya, saya percaya setiap orang ada kekurangan dan kelebihan. Niat kita membantu setakat apa yang kita mampu!," ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff berkata bantuan yang dihulurkan kepada Balqis itu merupakan salah satu projek khas yang dilakukan olehnya sejak beberapa tahun lalu.

Selain selebriti, mereka juga menghulurkan sumbangan untuk orang awam yang sedang berdepan kesusahan dan kemiskinan.

Melalui program Terlajak Kasih, Aliff turun padang membantu mereka yang sedang berdepan kesusahan dan kemiskinan.

"Sebenarnya, kita dah lama buat projek Terlajak Kasih ini, sebelum ini kita bekerjasama dengan Pusat Zakat Selangor dan salurkan bantuan hampir RM2 juta setahun... tapi tahun ini kita buat agihan sendiri untuk mereka yang susah dan asnaf.

"Kita memberi sumbangan makanan, wang ringgit serta produk. Hujung tahun lalu kita ada bantu seorang ibu memiliki lima anak OKU tapi tak viral, bila selebriti orang nampak pula!," katanya.

Pada 12 Januari lalu, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis dan ibunya mendapat perhatian netizen apabila dipaparkan dalam program Bersamamu (TV3).

Kisah penderitaan mereka mengundang sebak penonton kerana masing-masing tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan sukar.

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain