Pemuzik terkenal Lok U meninggal dunia selepas balik joging

Lok U mengalami sesak nafas dan rebah selepas pulang daripada berjoging.

PENGARAH muzik popular Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U meninggal dunia di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan kira-kira pukul 11 pagi Rabu.

Adik kepada Lok U iaitu Fairul Nizam Uzir memberitahu, Allahyarham mengalami sesak nafas dan rebah selepas pulang melakukan aktiviti joging.

Menurutnya, jenazah kini berada di Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan akan dibawa pulang ke rumahnya untuk urusan pengebumian.

"Arwah mengalami sesak nafas dan rebah di rumahnya di Puncak Jalil selepas pulang dari berjoging pagi tadi.

Lok U merupakan pemuzik terkenal dan sering diberi tanggungjawab untuk mengetahui kumpulan pemuzik iringan.

"Isteri Lok U yang hubungi ambulans dan mengesahkan arwah meninggal dunia. Jenazah kini berada di Hospital Serdang untuk bedah siasat dan akan dibawa pulang ke rumah," katanya.

Lok U yang berusia 46 tahun meninggalkan seorang isteri, Jamariah Yusof dan empat orang anak, Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Allahyarham merupakan salah seorang juri profesional yang mengadili semi final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung pada November tahun lalu.

Arwah juga pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.

Jenazah dijadual dikebumikan di Tanah Perkburan Islam USJ 22, Subang Jaya selepas solat Asar.

Lok U

Artikel Berkaitan

Artikel Lain