“Ayah mahu kami jadi orang berguna dan jaga keluarga” - Mesej motivasi pesanan terakhir arwah Lok U untuk anak - Hiburan | mStar

“Ayah mahu kami jadi orang berguna dan jaga keluarga” - Mesej motivasi pesanan terakhir arwah Lok U untuk anak

Adam (kanan) anak Allahyarham Lok U masih terkejut dengan pemergian bapanya.

PEMERGIAN Allahyarham Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U mengejutkan ramai pihak terutamanya ahli keluarga yang mengakui pemuzik itu tidak pernah mengalami sebarang penyakit.

Anak sulungnya, Adam Danial, 20, berkata, arwah merupakan seorang yang menjaga kesihatan dan pemakanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuzik terkenal Lok U meninggal dunia selepas balik joging

“Saya sangat terkejut sampai tak dapat nak rasa apa-apa. Amat berat untuk diterima. Sepanjang perjalanan saya dari kolej di Kuala Pilah, saya rasa sedih sampai tak boleh nak berhenti menangis. Rasa hilang tempat untuk saya meluahkan segalanya.

“Dia selalu pesan kepada saya agar jadi anak yang berguna kerana suatu hari nanti saya anak sulung dan akan jadi ketua keluarga.

“Arwah ayah sebelum ini tak pernah sakit sebab dia seorang yang menjaga kesihatan. Dia akan ke gim, jaga makan dan tidak merokok. Cuma keputusan bedah siasat itu saya tak boleh nak beritahu sekarang,” ujarnya kepada mStar.

Jenazah Lok U selamat dikebumikan pada malam Rabu.

Allahyarham Lok U meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan rebah di rumahnya, di Puncak Jalil, Seri Kembangan kira-kira pukul 11 pagi selepas pulang daripada melakukan aktiviti joging.

Bercerita lanjut mengenai bapanya itu, Adam menyifatkan, bapanya seorang yang penyayang dan suka berjenaka.

Malah, waktu makan bersama keluarga adalah antara kenangan yang paling dirinduinya.

“Arwah ayah selalu beri motivasi kepada kami untuk jadi orang yang berjaya, ubah mentaliti antara pesanan dia yang saya ingat sampai sekarang. 

“Antara momen yang paling saya ingat ketika di meja makan, dia selalu puji masakan umi. Kenangan kami makan bersama antara yang paling saya rindukan sekarang

“Kali terakhir perbualan kami di Whatsapp. Ketika itu dia ada menghantar paparan skrin yang memberi pesanan motivasi kepada saya,” katanya.

Ayah selalu beri motivasi kepada kami untuk jadi orang yang berjaya dan ubah mentaliti.

ADAM DANIAL

ANAK ALLAHYARHAM LOK U

Terdahulu, jenazah Allahyarham di hantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum disembahyangkan di surau Al- Falah, Puncak Jalil dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 kira-kira pukul 9.15 malam Rabu.

Lok U yang berusia 46 tahun meninggalkan seorang isteri, Jamariah Yusof dan empat orang anak, Adam Danial, 20, Faris Danial, 18, Ahmad Firhan Danial, 15, dan Yasmin Damia, 13.

Beberapa penyanyi iaitu Hazama, Akim, Datuk Ramli MS, Shah Slam, Apex Mentor, Fad Bocey dan Datuk Nash turut kelihatan hadir memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham merupakan salah seorang juri profesional yang mengadili semi final Muzik-Muzik 34 (SFMM 34) yang berlangsung pada November tahun lalu.

Arwah juga pemuzik yang disegani  dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.

Lok U

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain