suria

Ramai tak puas hati, Erra Fazira mohon peminat MeleTop bertenang - “Sudah dijangka pasti ada pihak yang tembak... sabar adik-adik”

Erra muncul sebagai pengacara jemputan bergandingan dengan Nabil Ahmad.

KEMUNCULAN pelakon dan pengacara Erra Fazira sebagai pengacara program MeleTOP yang bersiaran pada Selasa lalu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Biarpun ada yang menyukai cara Erra mengacara namun tak kurang juga berharap selebriti lain bergandingan dengan pelawak Nabil Ahmad dalam program itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekuat mana pun kita, pasti luluh hati dengan cacian” - Pesan Erra Fazira elak mental ‘koyak’

Bagi Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 46, dia sudah menjangka ada pihak yang kurang senang dengan kemunculannya sebagai hos jemputan pada malam itu.

Erra menjelaskan kemunculannya pada malam itu hanya sebagai pengacara jemputan sahaja.

"Menjadi pengacara jemputan @meletop! Pergh sudah dijangka pasti ada pihak yang tembak kerana mahukan artis kegemaran mereka beraksi.

"Sabar adik-adik... ini jemputan sahaja. Minggu depan orang lain pula okay. Chill chill," tulis Erra menerusi laman Instagram.

Selepas selebriti popular Neelofa mengundurkan diri daripada rancangan itu mulai tahun ini, ramai orang mula berteka-teki mengenai siapa yang bakal menggantikan tempatnya.

Sabar adik-adik... ini jemputan sahaja. Minggu depan orang lain pula okay.

ERRA FAZIRA

PELAKON, PENGACARA, PENYANYI

Antara nama selebriti yang menjadi sebutan netizen di laman sosial ialah Jihan Muse, Ain Edruce dan Mira Filzah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menangkah Cinta ini turut mengucapkan terima kasih kepada Nabil Ahmad yang dianggap hebat dalam bidang pengacaraan.

Menurut Erra, dia berharap dapat menggayakan pelbagai fesyen jika selepas ini masih ada rezeki untuk kembali mengacarakan program tersebut.

Peminat menyuarakan pandangan berbeza mengenai gandingan Erra dan Nabil.

"Apa-apa pun, terima kasih @nabilzsira yang memang spontan dan selamba saja dia mengacara. Kurang sikit gementar apabila bergandingan dengan orang hebat.

"Keep it up bro! You memang win! Terima kasih team MeleTOP sudi undang saya, set baru memang mengancam! Cantik nampak wow!

"Ada rezeki InsyaAllah panggil lagi okay! Nak pakai baju pelik-pelik lagi," ujarnya. 

Erra Fazira, Nabil Ahmad, MeleTOP

Artikel Lain