“Mereka malu 'jadi' kanak-kanak, suka tanya soalan bodoh” - Aznil akui ramai pengacara lemah berkomunikasi

Paknil kesal pengacara baharu lemah berkomunikasi dengan kanak-kanak.

PENGACARA terkenal Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa kesal terhadap pengacara baharu yang dilihat tidak bersungguh-sungguh menyahut cabaran dalam mengacarakan rancangan kanak-kanak di negara ini.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Paknil, segelintir mereka mempunyai kelemahan dalam komunikasi dengan kanak-kanak sehingga menyebabkan tiada individu lain yang dilihat sesuai mengendalikan program tersebut selain dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aznil disuruh ke surau buat ibadat, tinggalkan dunia hiburan... “Saya bukan susu dalam tin yang ada tarikh luput”

ARTIKEL BERKAITAN:  Bimbang hati terluka, sebab itulah Aznil tidak kongsi gambar anaknya

"Kalau dahulu memang orang pandang rendah jika anda jadi pengacara untuk rancangan kanak-kanak sebab rancangan itu dulu tiada orang yang nak tonton. Ia program yang paling low rating.

Paknil bakal mengacarakan rancangan Tom Tom Bak bagi musim terbaharu.

"Tapi bagi saya ia adalah cabaran untuk saya jadikan program itu lebih menarik. Rata-rata pengacara baharu pula melihat perkara ini sebagai suatu yang menakutkan. Mereka tak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan budak-budak.

"Bila disuruh dia 'jadi' kanak-kanak supaya mereka senang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak, tetapi mereka malu.

"Mereka hanya mahu berada di zon selesa. Jadi sebab itu hanya saya sahaja yang ada untuk mengacarakan rancangan kanak-kanak," ujarnya.

Kata Paknil lagi, sudah tiba masanya pengacara baharu ini mengubah persepsi mereka dengan menyahut cabaran dan lakukan sesuatu di luar zon selesa.

Soalan seperti itu akan buatkan pengacara itu kelihatan bodoh, bukan budak itu.

DATUK AZNIL NAWAWI

Pengacara

"Sudah tiba masa kita lahirkan generasi pengacara yang bermula dengan rancangan kanak-kanak. Mereka harus ambil cabaran ini dan hoskan program kanak-kanak mereka sendiri.

"Saya pelik walaupun mereka ambil kelas tetapi masih tak mahu ambil ia sebagai satu cabaran. Ini bermakna mereka tiada keyakinan untuk melakukan itu.

"Lebih teruk bila ada pengacara yang bercakap dengan kanak-kanak tetapi seperti bercakap dengan orang dewasa.

"Mereka tanya, apa perancangan adik untuk masa akan datang? Budak akan fikir what is perancangan? Soalan seperti itu akan buatkan pengacara itu kelihatan bodoh, bukan budak itu," katanya.

Paknil, mengacara

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain