“Buang masa tengok Sweet Dreams, 5 minit je beza!” - Netizen marah penamat kisah cinta Puteri, Qash jadi 'cliche'

Serasi, Mira Filzah digandingkan bersama Ben Amir buat pertama kali.

DRAMA Sweet Dreams yang berakhir pada Khamis sekali lagi menarik perhatian netizen di Twitter apabila rata-rata penonton menyuarakan rasa kurang senang kerana beranggapan mereka seakan-akan tertipu.

Walaupun idea bagi menyiarkan dua pengakhiran berbeza dipuji ramai, namun perbezaan yang dibuat hanya pada lima minit terakhir pada episod ke-20 itu tidak disenangi ramai.

Mereka berpendapat episod 20 yang ditayangkan sebagai pengakhiran kedua drama popular itu  hanyalah sekadar membuang masa.

"Buang masa je tengok Sweet Dreams hari ni, yang beza dia cuma minit terakhir je ke? Boleh je kot buat Instastory atau video tunjuk apa beza dia," komen netizen.

Antara komen netizen berkaitan 'ending' bagi drama Sweet Dreams.

Drama arahan Michael Ang ini diadaptasi daripada novel Sweet Dreams karya Acik Lana dengan tayangan sebanyak 20 episod sampai ke penghujungnya pada Khamis.

Gandingan sulung Ben Amir bersama Mira Filzah berjaya mencairkan hati penonton menerusi drama tersebut.

Drama berkenaan sepatutnya tamat pada episod ke-18 namun ditambah pada saat-saat akhir bagi menghargai sokongan penonton.

Laman twitter dibanjiri dengan tanda pagar #DramaSweetDreams.

Menerusi episod ke-19, Sweet Dreams berakhir dengan kisah cinta tidak kesampaian apabila Puteri meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan.

Bagaimanapun menerusi episod terakhir, drama berkenaan berakhir dengan happy ending apabila Qash yang sebelum ini sering menjadi penyelamat kepada Puteri sekali lagi menjadi hero pada saat-saat akhir.

Menurut Mira, pihak produksi mempunyai alasan yang tersendiri iaitu mahu penonton membuat pilihan terhadap pengakhiran liku-liku kisah cinta Puteri dan Qash.

Berdasarkan tinjauan di Twitter, netizen menyuarakan pandangan berbeza mengenainya.

"Alhamdulillah, akhirnya happy ending. Saya akan merindui Qash dan Puteri.

"Saya suka ending episod 19 kerana lebih realistik. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat.

"Memang tak suka Puteri mati macam tu dalam episod 19, tapi saya tak puas hati juga ending cliche episod 20...hero dan heroin dapat hidup bahagia," kata netizen.

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain