“Nak tunjuk awak kecewa? Nak bagi si dia rasa bersalah ke?” - 'Makcik Instagram' tegur imej selekeh Sufian Suhaimi - Hiburan | mStar

“Nak tunjuk awak kecewa? Nak bagi si dia rasa bersalah ke?” - 'Makcik Instagram' tegur imej selekeh Sufian Suhaimi

Sufian menjelaskan rambutnya kelihatan kusut disebabkan baru sahaja melakukan aktiviti menyelam.

TEGURAN 'pedas' seorang wanita mengenai penampilan Sufian Suhaimi yang dikatakan tidak terurus disebabkan kecewa dengan kisah cinta berdasarkan foto terbaharu di Instagram menarik perhatian penyanyi itu.

Sufian, 27, yang membalas komen tersebut menjelaskan penampilan tidak terurus itu disebabkan dia baru selesai melakukan aktiviti menyelam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi bercinta dengan gadis 16 tahun? “Sebenarnya saya masih 'insecure' nak bercinta lagi”

"Apa ini makcik. Saya jarang balas komen orang tapi makcik nampak risau betul. Ni gambar saya baru lepas menyelam laut. Mungkin sebab itu rambut tak tersikat kemas," katanya.

Menerusi ruang komen di foto tersebut, individu itu mempersoalkan tindakan Sufian dengan sengaja mengubah penampilan untuk kelihatan sedang kecewa supaya bekas tunangnya berasa bersalah.

Komen wanita tersebut mengundang kecaman netizen.

Individu itu bukan sahaja menegur penampilan, malah meminta penyanyi lagu Di Matamu itu mencari pengganti baru disebabkan kapsyen 'rindu' yang disertakan di foto itu.

"Cari jodoh seperti mana Rasululullah gariskan. Pegangan agama penentu bahagia, awak manis. Kenapa awak tak jadi Sufian yang dulu? Awak kemas dan bijak.

"Kenapa awak ubah imej semata-mata nak tunjuk awak frust? Nak bagi si dia rasa bersalah ke?" komen individu tersebut.

Bagaimanapun, komen tersebut telah mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya meminta wanita itu berhenti menggunakan laman sosial dan banyakkan melakukan aktiviti keagamaan.

Kapsyen rindu yang ditulis Sufian ditujukan kepada Zynakal yang sedang dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Sufian menjelaskan dia sudah lama melupakan kisah terdahulu namun belum tiba masa yang sesuai untuk dirinya mempunyai kekasih baru.

Tegas Sufian lagi, luahan perasaan rindu di kapsyen itu ditujukan kepada rakannya iaitu penyanyi rap Zynakal yang kini sedang dirawat di hospital.

"Saya dah lama move on. Saya boleh ada girlfriend baru bila-bila saja saya nak. Cuma belum masanya lagi. Orang yang saya rindu itu kawan saya.

"Dia sakit di hospital sekarang. Cuba swipe left. Kalau tak tahu swipe left minta tolong siapa-siapa yang ada dengan mak cik," ujarnya.

Sebelum ini, Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy pada 6 Oktober 2017 namun hubungan tersebut terputus secara rasmi pada 18 Februari tahun lalu.

Sufian Suhaimi , Elfira Loy

Artikel Lain