suria

Cinta bertaut kembali selepas enam bulan putus, Azira Shafinaz minta doakan yang terbaik - “Tipulah tak ada perasaan nak kahwin...”

Azira tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

PELAKON dan penyanyi Azira Shafinaz memberitahu dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Menurut Azira, 28, meskipun dia dan pasangannya Yasser Khan pernah bercakap soal perkahwinan namun tiada sebarang perancangan khusus dibuat mengenainya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Enam bulan ruang kami perbaiki hubungan” - Azira Shafinaz beri peluang kedua kepada kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Azira Shafinaz dan Yasser Khan berakhir!

"Doakan yang terbaik untuk saya... terus terang sebenarnya saya tiada rancangan untuk berkahwin pun.

"Kami pernahlah bercakap mengenainya tetapi tiada perancangan terperinci mengenainya. Tiada tarikh, tak ada tempah baju atau apa-apa rancangan pun.

Azira bersama kekasihnya, Yasser Khan.

"Saya nak fokus pada karier dahulu sebab dah dua tahun peminat menanti kemunculan single terbaharu kami," ujarnya kepada mStar.

Azira ditemui pada Majlis Pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH 32) di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Azira yang juga merupakan ahli kumpulan DeFam ini menyatakan keyakinan terhadap hubungan cinta yang dijalinkannya selama enam tahun itu tidak akan goyah sekiranya wujud persefahaman di antara pasangannya itu.

Malah, pihak keluarga juga cukup memahami dan tidak pernah mendesak untuk dia segera menamatkan zaman bujang.

"Dia takkan lari sebab kami dah ada persefahaman tu.

"Tipulah tak ada perasaan nak kahwin tetapi saya percaya dengan jodoh, kalau ada perkara itu pasti akan berlaku.

Tipulah tak ada perasaan nak kahwin... tetapi saya percaya dengan jodoh, kalau ada pasti akan berlaku.

AZIRA SHAFINAZ

Penyanyi

"Setakat ini keluarga pun sangat memahami dan emak pun tidak mendesak saya untuk segera berkahwin," katanya.

Hubungan Azira dan Yasser yang terjalin selama enam tahun sebelum ini pernah berakhir selepas pasangan itu membuat keputusan untuk memilih haluan masing-masing pada Januari lalu.

Bagaimanapun ia kembali bertaut selepas enam bulan berpisah kerana masing-masing nekad untuk meneruskan semula hubungan itu dan bersepakat mencari persefahaman.

Azira bersama kumpulannya DeFam bakal membawa single terbaharu mereka di pentas ABPBH 32 pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Azira Shafinaz, DeFam

Artikel Lain