Sambutan hari lahir terakhir... pemain gitar popular Aji Samin meninggal dunia, tak sempat jayakan ABPBH32 - Hiburan | mStar

Sambutan hari lahir terakhir... pemain gitar popular Aji Samin meninggal dunia, tak sempat jayakan ABPBH32

Konsert terakhir Allahyarham bersama Ramli Sarip.

PEMAIN gitar popular, Fauzi Samin atau lebih dikenali sebagai Aji, 50, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah pusat perubatan di Bukit Rimau, Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi, Khamis.

Menurut rakan baik yang juga pengarah muzik, Lokyu atau nama sebenarnya Faizal Uzir, Allahyarham beberapa hari sebelum ini kelihatan sihat dan tidak ada sebarang tanda-tanda mengalami sebarang penyakit.

Bagaimanapun, arwah dikatakan mengalami sakit perut gastrik selepas solat subuh dan muntah selepas makan ubat sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.

"Doktor mengesahkan arwah Aji meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah pusat perubatan Bukit Rimau pada pagi tadi. Sebelum ini, dia kelihatan sihat saja dan tak ada pun tanda-tanda sakit.

Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan arwah sepatutnya mengiringi mini Konsert Shopee X Simplysiti.

"Cuma saya difahamkan selepas subuh itu, dia mengalami gastrik dan dia sekadar beli ubat di kedai, namun bila makan terus muntah. Selepas itu, arwah pergi klinik tapi doktor minta rujuk ke hospital pula.

"Dia kemudiannya dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta di Bukit Rimau, Shah Alam untuk dapatkan rawatan, namun meninggal dunia ketika dirawat," katanya kepada mStar.

Berita kematian Allahyarham turut dikongsikan selebriti tempatan antaranya penyanyi Datuk Hattan, Datuk Ramli Sarip dan Dayang Nurfaizah di media sosial.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Shariff Simpang 3 Gombak, Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Kuala Lumpur selepas solat Asar.

Berita kematian Aji memberi kesan yang mendalam kepada Lokyu.

Allahyarham merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan sebelum ini.

Dalam pada itu, Lokyu memberitahu kali terakhir dia bekerjasama dengan arwah pada bulan Ramadan lalu dan mereka sepatutnya bergandingan semula pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang berlangsung pada 22 September ini.

Kata pengarah muzik program Mentor ini, Aji baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-50 pada Rabu dan sempat menghantar mesej meluahkan rasa rindu kepadanya.

"Baru semalam saya dan rakan-rakan ucap selamat hari lahir kepada arwah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 tahun semalam (Rabu).

Kali terakhir kami berjumpa dan bekerjasama pada bulan puasa lalu tapi kami kerap juga bertanya khabar menerusi Whatsapp. Sepatutnya saya dan dia akan kembali bergandingan di ABPBH32.

Lokyu

Pengarah muzik

"Kali terakhir kami berjumpa dan bekerjasama pada bulan puasa lalu tapi kami kerap juga bertanya khabar menerusi Whatsapp. Sepatutnya saya dan dia akan kembali bergandingan di ABPBH32.

"Semalam kami ada berbalas mesej untuk berbincang mengenai projek selepas ini dan mesej terakhir dia tulis 'miss you bro'. Saya sangat sedih sebab tak sempat nak berjumpa dia," ujarnya.

Allahyarham bukan saja menjadi gitaris kepada ratu jazz, Datuk Sheila Majid malah sering mengiringi Zainal Abidin, Datuk Jamal Abdillah, Amy, Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Mohram, Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti pada konsert berskala besar.

Lokyu , Aji Samin

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara