Bella Astillah akui bukan mudah nak 'move on', “Ada ketika saya rasa sedih dan down” - Hiburan | mStar

Bella Astillah akui bukan mudah nak 'move on', “Ada ketika saya rasa sedih dan down”

Bella sudah memaafkan bekas suaminya supaya dia dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang.

BIARPUN bukan sesuatu yang mudah, pelakon Bella Astillah mengakui masih dalam proses untuk melupakan kisah silamnya dengan bekas suami, Aliff Aziz.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, dia bagaimanapun sudah memaafkan perbuatan bekas suaminya itu dan berharap dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum bercerai lagi saya dah simpan impian ini” - Bella Astillah bawa keluarga tunai umrah November depan

"Sejujurnya untuk move on ini kena perlahan-lahan, lagi-lagi pasangan yang sebelum ini sentiasa bersama. Jadi, memang akan ambil masa sikit tapi saya sudah maafkan dia.

Bella tidak mahu memberi aura negatif kepada anak dan ibu bapanya.

"Bagi saya, bila kita maafkan seseorang itu boleh memberi ketenangan pada diri sendiri. Tapi bila kita tak maafkan itu yang boleh mendatangkan perasaan sakit hati atau rasa benci," katanya kepada mStar.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Ayden Adrean berusia dua tahun.

Bagaimanapun pasangan itu bercerai talak satu pada 16 Mei lalu selepas kontroversi melibatkan penyanyi kelahiran Singapura itu yang didakwa berlaku curang bersama beberapa wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan dia ada melalui fasa bersedih selepas perceraian mereka pada 16 Mei lalu, namun dia enggan membiarkan perasaan itu mempengaruhi kehidupannya.

Sudah tentu kita sebagai manusia biasa akan melalui fasa bersedih dan memang ada ketika saya rasa sedih dan down.

Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi

Kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini berkata, dia akan mengutamakan perasaan anak dan memikirkan tentang ibu bapanya setiap kali timbul perasaan sedih secara tiba-tiba.

"Sudah tentu kita sebagai manusia biasa akan melalui fasa bersedih dan memang ada ketika saya rasa sedih dan down. Sebenarnya semua pilihan di tangan kita sama ada nak ceria atau sedih.

"Tapi saya pilih untuk gembira sebab saya masih ada anak dan keluarga. Saya tak boleh bagi aura negatif kepada mereka dan kalau terdetik rasa sedih, saya akan tengok Ayden serta ibu bapa saya.

"Saya selalu fikir, saya membesar dengan ibu bapa saya dan belum kehilangan mereka lagi, jadi kenapa perlu saya putus asa atau berasa sedih sedangkan saya masih ada mereka," ujarnya.

Bella Astillah , Aliff Aziz

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini