“Pulangkan barang, saya janji tak dedah identiti” - Aiman Tino rugi RM8,000, kereta dipecah selepas balik dari Singapura

Aiman kerugian hampir RM8,000 selepas keretanya dipecah masuk.

PENYANYI Aiman Tino mengalami kerugian RM8,000 selepas cermin kereta Produa Myvi miliknya dipecah penjenayah ditempat letak kereta di Subang Jaya malam Jumaat.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri , 21, berkata kejadian itu berlaku ketika dia sedang makan bersama pembantu peribadinya di sebuah kedai makan di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino kurang aktif di Instagram... “Netizen tak habis-habis ungkit cerita lama”

Cermin kereta bahagian belakang itu dipercayai dipecah dan ditanggalkan sebelum suspek melarikan laptop, kamera SLR, gopro dan beg yang menyimpan kad pengenalan serta passport milik penyanyi itu.

"Sekarang ini saya dah reda dengan kerugian hampir RM8,000. Penjenayah itu ambil laptop, gopro yang saya baru sahaja beli, kamera jenis Canon SLR dan beg.

Aiman sanggup membayar suspek asalkan barang-barangnya dipulangkan.

"Dalam beg itu pula, ada kad pengenalan dan passport saya juga. Kejadian itu berlaku ketika saya dan Bob sedang makan di sebuah kedai Subang Jaya," kata Aiman kepada mStar.

Sebelum ini, Aiman memuat naik status di laman sosial merayu individu tersebut memulangkan semula barang-barangnya dan berjanji akan merahsiakan identiti penjenayah itu.

"Assalammulaikum, kepada yang mengambil barang saya, kalau awak baca story ini, tolong! Bagi barang-barang saya tu pada saya.

"Saya perlukan. Saya akan bayar awak. Tolong DM saya secara peribadi. Saya akan jaga aib awak. Saya janji. Tolong," tulis Aiman.

Aiman sedih tak dapat muat naik momen berada di atas cruise di Youtube miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini mengakui kejadian itu juga disebabkan sikap cuainya yang meninggalkan barang-barang berharga dalam kereta ketika parkir di tempat awam.

"Sebenarnya saya tak terfikir pun apa-apa akan berlaku sebab nak berhenti makan sekejap sahaja sebab itu saya hanya bawa duit dan tinggalkan barang-barang dalam kereta.

"Saya pula baru sahaja pulang dari Singapura naik cruise. Semua barang-barang itu digunakan untuk merakam segala aktiviti saya di sana dan nak dimuat naik menerusi saluran Youtube saya.

Katanya, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Kg Melayu Subang untuk tindakan selanjutnya.

Aiman Tino

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain