suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fendy Bakry kenang kisah hitam bertarung nyawa diserang penyakit misteri… "Aku ingat lagi masa tengah nazak, nyawa aku dah 50-50"

Fendy mengenangkan kembali pengalaman pahit yang dilaluinya sebelum ini.

SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha tahun ini agak istimewa buat pelakon Fendy Bakry apabila turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

Bersempena itu, Fendy membuat posting istimewa menghargai peminat yang selama ini menyokong kariernya dalam industri hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Bakry tabur pasir dalam periuk nasi? - "Jangan sampai orang bergaduh"

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya ada yang faham kenapa Fendy Bakry kurus

Lebih menyentuh perasaan apabila Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, mengenang kembali pengalaman pahit yang dilaluinya setahun yang lalu.

"Aku ingat lagi masa tengah nazak, nyawa aku dah 50-50 masa tu, tiap hari aku selalu tengok tweet dan juga mesej-mesej daripada anda semua.

“Aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kasih sayang anda semua. Bertarung nyawa bukan sesuatu benda yang sangat mudah tapi di sebabkan nilai kasih sayang dan semangat yang anda pinjamkan pada aku, aku masih ada di sini.

Antara catatan Fendy di ruangan Instagram miliknya.

“Sampai sekarang walaupun aku bertarung nyawa dan survive dalam hidup, tak semua apa yang anda nampak pada aku tu adalah sesuatu yang sangat indah.

"Aidiladha sangat bermakna buat aku dan aku harapkan juga ia akan memberi beribu makna kepada anda semua," ujarnya.

Perkara itu dikongsikannya menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami penyakit misteri sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Menerusi laporan mStar pada 26 April tahun lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.


Fendy Bakry, hari jadi

Artikel Lain