“Saya memang lemah Bahasa Inggeris” - Penyanyi baharu tiada niat buli artis Korea, nafi biadab

Kucaimars menerima kritikan gara-gara bertutur Bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan Han-Byul.

PENYANYI Kucaimars menafikan dia bersikap biadab terhadap peserta dari Korea Selatan iaitu Jang Han-Byul gara-gara bertutur dalam Bahasa Melayu menerusi sebuah program hiburan pada Rabu lalu.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 22, berkata, apa yang disaksikan penonton menerusi rancangan itu merupakan cara sebenar dia berkomunikasi dengan Han-Byul sejak mereka menyertai Big Stage musim kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Korea Selatan beri saingan, Kucaimars 'tagih' sokongan peminat tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan

"Mungkin penonton salah faham dengan situasi itu. Kalau dekat luar, saya dan Han-Byul... memang kami bercakap macam tu.

"Saya selalu cakap Bahasa Melayu dekat dia. Kemudian baru saya akan terangkan balik dekat dia. Pada masa sama, buat isyarat badan.

"Kemudian dia akan faham apa yang saya nak sampaikan. Tetapi apabila saya buat begitu di set MeleTOP, orang anggap lain pula. Mereka ingat saya nak buli dia sebab tak tahu Bahasa Melayu," katanya kepada mStar.


Kucaimars menjelaskan dia tiada niat untuk membuli Han-Byul seperti yang didakwa netizen.

Mengakui lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Kucaimars menjelaskan dia tiada niat untuk membuli Han-Byul sebaliknya menganggap ia situasi yang sengaja diperbesarkan netizen.

"Asalnya netizen anggap ia perkara lucu sahaja. Tetapi bila ia menjadi viral dan sudah ramai yang tengok, mereka mula cari kesalahan pula.

"Bagi saya ia perkara biasa sahaja. Tiada yang serius. Saya bukan nak buli dia. Kalau saya speaking nanti lagi lah macam-macam benda mencarut yang keluar.

"Saya akui, saya memang lemah untuk bercakap Bahasa Inggeris. Takut nanti dia lagi tak faham. Jadi lebih baik saya cakap Bahasa Melayu tetapi turut menggunakan isyarat tangan," ujarnya.

Antara respon netizen di laman Twitter.

Dalam pada itu, penyanyi muda yang juga peserta program realiti Big Stage musim kedua ini menjelaskan dia akan lebih berhati-hati dan menjaga dalam tutur kata.

"Hubungan kami sehingga hari ini ok sahaja... tiada apa-apa pun. Selepas ini mungkin saya akan lebih berhati-hati.

"Kalau mereka suruh saya bercakap dengan Han-Byul, saya tak mahu bercakap dah... merajuk!," selorohnya.

Selain Kucaimars dan Han-Byul beberapa peserta Big Stage lain seperti Irfan Haris, Santesh dan Adzrin turut dijemput menghadiri program MeleTOP bagi mempromosikan rancangan itu.

Bagaimanapun, tindakan Kucaimars yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan peserta dari Korea Selatan itu dipersoalkan netizen di media sosial.

Kalau mereka suruh saya bercakap dengan Han-Byul, saya tak mahu bercakap dah... merajuk!

KUCAIMARS

Penyanyi

Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang peminat kerana Han-Byul kelihatan terpinga-pinga untuk memahami perbualannya dengan Kucaimars.

Big Stage merupakan pertandingan nyanyian yang bersiaran selama lapan minggu, menggabungkan penyanyi muda popular atau 'budak baru nak up' (BBNU) yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

Kucaimars, Han-Byul

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain