Bantu selesai masalah visa, Neelofa hadiah sejambak bunga kepada Zizan, “Terima kasih perkenalkan individu di kedutaan Arab Saudi” - Hiburan | mStar

Bantu selesai masalah visa, Neelofa hadiah sejambak bunga kepada Zizan, “Terima kasih perkenalkan individu di kedutaan Arab Saudi”

Neelofa menghadiahkan Zizan Razak sejambak bunga.

PENGACARA Neelofa menghadiahkan sejambak bunga kepada Zizan Razak sebagai menghargai bantuan yang dihulurkan pelawak itu sewaktu berdepan masalah visa ketika berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Rabu lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, pelawak berkenaan membantu dalam memperkenalkan beberapa individu di kedutaan Arab Saudi bagi membantu menyelesaikan masalah ketika ingin melaksanakan ibadah haji.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya mereka dapat jadi tetamu Allah... Ketahui 10 selebriti popular dapat tunai haji tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Hello Neelofa... tak tahu ke benda awak buat ni illegal?” - Netizen bengang filem The Lion King 'bocor'

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membantu sewaktu saya memerlukan bantuan dan memperkenalkan saya kepada beberapa individu dari kedutaan Arab Saudi.

Zizan memuat naik gambar bunga pemberian Neelofa di Insta story miliknya.

"Bantuan anda sangat saya hargai dan ia tak mungkin terlaksana tanpa pertolongan ikhlas anda. Terima kasih!” ujarnya.

Neelofa meluahkan rasa bersyukur itu melalui sekeping nota yang dihantar kepada Zizan bersama sejambak bunga pada Jumaat.

Perkara itu dikongsikan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 35, melalui Insta story miliknya pada Jumaat.

Terdahulu, pengacara program MeleTOP itu bersama beberapa lagi jemaah Haji berdepan insiden tidak diduga apabila terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat masalah visa.

Neelofa kemudiannya memuat naik sebuah lagi posting menyatakan penghargaan terhadap beberapa pihak termasuk Zizan Razak atas bantuan memperkenalkannya kepada beberapa individu di kedutaan Arab Saudi.

Neelofa , Zizan Razak

Artikel Lain