Pekerja dakwa dirogol, Tunku Hanis buang masa 12 jam layan penipu - Hiburan | mStar

Pekerja dakwa dirogol, Tunku Hanis buang masa 12 jam layan penipu

Keprihatinan Tunku Hanis disia-siakan apabila mendapati wanita itu sengaja membuat laporan palsu.

PELAKON Tunku Hanis berdepan detik cemas selepas salah seorang daripada pekerjanya mendakwa telah dirogol seorang lelaki.

Menurut Tunku Hanis atau nama sebenarnya Tunku Norhanis Tunku Salman, dia menghabiskan masa kira-kira 12 jam menemani pekerjanya itu membuat laporan polis dalam kejadian pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong eh Fathia! Kita kena selalu belajar, kalau tak boleh ditegur tu yang susah" - Tunku Hanis

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 10 Tahun Ramai Tak Kenal Tunku Hanis

Namun keprihatinannya disia-siakan selepas siasatan mendapati wanita berkenaan sengaja membuat laporan palsu kononnya dia dirogol.

"Malam tadi saya ke balai polis membawa pekerja saya (perempuan) untuk membuat laporan kerana mengatakan dirinya telah dirogol.

Antara perkongsian Tunku Hanis di laman Instagram miliknya.

"Setelah berjam-jam siasatan, ujikaji dijalankan, tidak ada satu masa pun saya tinggalkan dia... lebih kurang hampir 12 jam saya bersamanya. Tapi setelah disoal siasat dengan pelbagai kaedah akhirnya dia mengaku dia tidak dirogol dan sengaja mengadakan cerita dengan membuat laporan palsu.

"Penat, mengantuk teman dia setiap masa dan perasaan kecewa jangan cakaplah!" ujarnya.

Tunku Hanis meluahkan rasa kecewa itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, wanita berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tapi setelah disoal siasat dengan pelbagai kaedah akhirnya dia mengaku dia tidak dirogol dan sengaja mengadakan cerita dengan membuat laporan palsu.

TUNKU HANIS

Pelakon

Dalam pada itu, Tunku Hanis turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membantu dia menyelesaikan masalah berkenaan.

Tanpa menjelaskan sebab wanita itu berbuat demikian, Tunku Hanis turut berharap insiden berkenaan dapat memberi pengajaran terhadapnya.

"Buat budak ni, semoga awak belajar yang jika awak bercakap perkara yang tidak benar ianya hanya akan merosakkan dan membuang masa orang ramai, kasihan kat orang.

"PDRM telah melaksanakan tanggungjawab mereka, prosedur siasatan yang betul akhirnya menghasilkan jawapan dan keputusan yang benar. Kudos!" tulisnya.

Tunku Hanis , rogol

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini