suria

“Nak jimat kos pun agak-agaklah” - Netizen kantoikan drama 'Bukan Cinta Aku', babak di Indonesia tapi berlakon di Terengganu

Babak konon dilakonkan di Indonesia tetapi tertera papan tanda Kuala Terengganu menjadi buah mulut netizen.

BIARPUN drama Bukan Cinta Aku sudah melabuhkan tirainya pada malam Rabu, namun salah satu babak dalam episod 19 menjadi bahan ketawa netizen di laman sosial.

Adegan yang memperlihatkan pelakon Syafiq Kyle dan Janna Nick menghantar Baim Wong ke sebuah hospital digambarkan kononnya berada di Indonesia rupa-rupanya hanya dilakonkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda dah lepas, biarkan ia berlalu” - Pengarah drama 'Bukan Cinta Aku' mengaku silap, terlepas pandang

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej tidak dilayan, Janna Nick hanya mampu minta ampun pada Allah jika Sheila enggan terima maaf

Perkara itu disedari penonton apabila terdapat poster tertera tulisan 'Hospital Pakar Kuala Terengganu' pada dinding di belakang dua pelakon itu.

Foto dalam adegan itu turut dimuat naik di Facebook Kuala Terengganu Post yang menegur kecuaian tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

"Kuala Terengganu rupa-rupanya ada di Indonesia, nak jimat kos pun agak-agakla" sindir pengendali akaun itu.

Gara-gara insiden itu juga, ramai yang mempersoalkan kualiti drama Melayu yang dihasilkan syarikat produksi di negara ini.

Selain itu, drama 20 episod yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 ini juga pernah menjadi perhatian netizen apabila dialog yang dilontarkan Syafiq Kyle ketika mengendalikan projek berjumlah RM35.9 bilion dikatakan tidak realistik.

Antara babak yang menjadi pertikaian netizen.

Rata-rata mereka menyifatkan ia sebagai tidak logik untuk dibincangkan hanya menerusi telefon.

Drama cinta ini 20 episod ini menggabungkan pelakon dari Malaysia iaitu Janna Nick, Syafiq Kyle dan pelakon popular Indonesia Baim Wong yang berakhir malam Rabu.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain