suria

“Saya balik pun Ali tak tahu” - Kurang rapat dengan anak, Saharul Ridzwan akui timbul rasa cemburu terhadap isteri

Saharul teringin menimang cahaya mata perempuan selepas ini. Foto Instagram: @saharulridzwan.

PELAKON Saharul Ridzwan memberitahu dia berasa cemburu melihat hubungan rapat antara anak lelaki, Muhammad Luth Ali dengan isterinya, Qaabila Deena Emir.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkata dia hanya dapat membelai dan mencium Ali yang kini berusia dua tahun itu ketika anaknya sedang tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau ada rezeki Saharul Ridzwan teringin timang anak perempuan

"Kadang-kadang saya cemburu juga lihat hubungan rapat Ali dengan ibunya. Sampaikan ada ketika saya balik pun, Ali tak tahu.

"Saya dapat belai dan cium dia waktu tidur sahaja la. Yela... orang cakap anak lelaki ni kan memang lebih rapat dengan ibu," katanya kepada mStar.


Saharul akui anak lelaki rapat dengan ibu.

Saharul ditemui ketika majlis pelancaran filem Coast Guard yang diadakan di Rouge Club, Hotel Red Kuala Lumpur pada Selasa.

Saharul dan Qaabila Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan mereka menimang cahaya pertama pada 6 Jun 2017.

Kadang-kadang saya cemburu juga lihat hubungan rapat Ali dengan ibunya.

SAHARUL RIDZWAN

PELAKON

Dalam pada itu, bercakap mengenai bidang nyanyian, pelakon Hati Perempuan itu mengakui perlu banyak melakukan latihan sekiranya masih ingin meneruskan bidang tersebut.

"Saya bukan seorang penyanyi tapi penyanyi rap. Sebenarnya nak masuk dalam bidang itu kena jiwa kental sebab ada sahaja yang akan mengkritik kita.


Saharul mahu utamakan bidang lakonan.

"Tapi saya percaya kalau banyak berlatih, Insya-Allah mesti boleh. Cuma, buat masa sekarang saya mahu fokus pada lakonan.

"Sebabnya, saya berlakon pun belum cukup bagus lagi dan tak cukup latihan. Tapi bidang muzik itu akan diteruskan namun akan dilakukan dalam waktu yang sesuai," ujarnya.

Saharul sebelum ini mempunyai lagu duet bersama penyanyi dan komposer Ajai berjudul Buku Putih yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

Saharul Ridzwan

Artikel Lain