suria

Mustapha Kamal dan isteri semakin pulih selepas dijangkiti demam virus

Mustapha dan isteri, Susan ditahan wad selepas mengalami demam virus.

ISTERI kepada pelakon Mustapha Kamal iaitu Susan Manen memberitahu keadaan kesihatan dia dan suaminya kini sudah semakin pulih selepas kedua-dua mereka dijangkiti demam virus sejak minggu lalu.

Menurut Susan atau nama sebenarnya Sarah Manen Ibrahim, 45, dia dan suaminya itu dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ ll), Kota Bharu selama empat hari.

"Saya dan abang Mus sama-sama ditahan wad disebabkan mengalami demam virus tapi Alhamdulillah, keadaan kami berdua sudah semakin sihat.

 MB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menziarahi Mustapha.

"Kami sudah empat hari berada di hospital dan Insya-Allah doktor ada beritahu yang kami dibenarkan pulang pada esok (Khamis)," kata Susan kepada mStar.

Dalam pada itu, Susan memberitahu Mustapha, 58, pada awalnya enggan pergi klinik biarpun sudah dua hari mengalami deman panas dan muntah.

Menurut Susan, dia terpaksa meminta pertolongan menantunya untuk membawa mereka ke klinik disebabkan keadaan semakin teruk dan suaminya dikejarkan ke hospital selepas pengsan.

Mustapha dan keluarganya.

"Dia mula demam panas selama dua hari dan muntah tapi tak nak pergi klinik waktu tu. Jadi saya beri ubat demam saja.

"Selepas tu, saya pula mula demam malam itu dan keesokkan hari rasa badan tak selesa, sakit dengan lenguh pinggang dan semua sekali.

"Saya minta tolong menantu hantar ke klinik. Ketika di klinik, Mustapha pengsan dan terus hubungi ambulans bawa ke hospital," ujarnya.

Pelakon itu turut diziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pada Selasa.

Mustapha Kamal, Susan Manen

Artikel Lain