suria

Yuna duet dengan Jay Park, peminat makin tak sabar

Peminat teruja menanti lagu terbaharu nyanyian Yuna dan Jay Park.

PENYANYI Yuna mengumumkan akan berkolaborasi bersama penyanyi dan pencipta lagu terkenal Korea-Amerika, Jay Park.

Menurut Yuna, Park bakal membuat penampilan istimewa menerusi karya terbaharunya berjudul Does She.

"Saya rasa Jay Park sangat berbakat, dia boleh nyanyi, rap, menari, dan dia juga ada street credit di Seoul yang saya rasa sangat bernilai pada seseorang artis.

"Saya mahu bekerja dengan orang yang percaya kepada muzik dan bakat saya.

"Does She merupakan lagu daripada saya dan penulis lagu Sam Farrar dari Maroon5, jadi lagu ni melalui banyak proses untuk sampai ke tahap versi akhir," katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini.


Yuna berkolaborasi bersama Jay Park.

Penjelasan itu susulan teka-teki peminat selepas Yuna dan Park masing-masing memuat naik foto bersama di Instagram.

Rata-rata peminat kedua-dua penyanyi berbakat ini melahirkan rasa teruja dengan perkembangan itu dan tidak sabar menanti kemunculan album keempat Yuna berjudul Rouge pada 12 Julai depan.

Selain Park, Rouge akan menampilkan lagu hasil kolaborasi dengan nama-nama terkenal, termasuk G-Easy, Kyle dan Tyler, The Creator.

Yuna, Jay Park, Does She

Artikel Lain