Mawi jual kurta, bukan baju Melayu teluk belanga... "Saya tak fikir nak jual seluar sedondon"

Mawi menjelaskan sudah memakai stail Johor sejak 10 tahun lalu.

PENYANYI Mawi menyedari turut menjadi perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung pemakaian seluar hitam yang dipadankan baju Melayu teluk belanga sebagai pakaian tradisi keluarga di raja Johor.

Bagaimanapun Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, berkata baju jenis kurta yang dijualnya itu bukanlah baju Melayu teluk belanga seperti yang dijelaskan TMJ.

"Sudah lama orang Johor pakai macam tu... Saya sendiri pakai begitu sejak kecil. Sepuluh tahun lalu pun saya dah pakai. Memang orang panggil style Johor.

"Lagipun kurta itu tiada kolar. Apabila dilihat dari jauh memang akan nampak macam teluk belanga. Kalau ikutkan, baju Melayu teluk belanga itu bahagian kolarnya akan disulam.

"Yang kurta saya jual tu round neck biasa sahaja, lagipun saya tak jual satu set dengan seluar hitam" katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Antara posting yang dimuat naik TMJ di Insta story miliknya.

Anak jati Johor itu berkata demikian ketika ditanya mengulas mengenai isu baju kurta by Mawi yang dijualnya dimuat naik di Instagram TMJ baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi batal hasrat tubuhkan pasukan pengurusan jenazah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bertekak dengan Mawi kerana watak lelaki lembut” - Along (Cham)

Menerusi poster baju berkenaan, Mawi dilihat menggayakan kurta bersama seluar hitam berserta sampin mengikut tradisi pakaian kerabat Johor.

Sementara itu Mawi yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan berkata, dia juga belum terfikir untuk mengeluarkan rekaan lain sekiranya baju yang dijualnya itu tidak boleh dipadankan dengan seluar hitam.

Mawi menggayakan kurta bersama seluar hitam dan samping.


"Saya tak fikir lagi jika selepas ini nak kena jual seluar yang sedondon dengan kurta itu jika ia tidak boleh dipakai dengan seluar hitam.

"Selanjutnya saya taknak komen lebih," katanya.

TMJ sebelum ini berkata pemakaian seluar hitam berserta sampin dengan baju Melayu teluk belanga adalah pakaian tradisi keluarga di raja Johor.

Identiti ini melambangkan keluarga Sultan Ibrahim dan kerabat damping keluarga yang memerintah layak memakainya.

Mawi, TMJ, baju melayu teluk belanga

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain