“Saya kongsi tip hamil sebab orang tanya” - Fasha Sandha balas komen netizen sindir kegugurannya - Hiburan | mStar

“Saya kongsi tip hamil sebab orang tanya” - Fasha Sandha balas komen netizen sindir kegugurannya

Fasha hanya menjawab pertanyaan pengikut di laman sosial.

PELAKON Fasha Sandha berkata perkongsiannya mengenai tip kehamilan adalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan peminat.

Menurut Fasha, 35, dia hanya menjawab persoalan peminat di Instagram dan tidak serik untuk terus berusaha hamil meskipun mengalami keguguran pada Isnin lalu.

"Saya bagi tips kerana orang bertanya... saya tidak serik untuk terus berusaha untuk hamil, semua ini kerja Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali kedua nampak suami menangis”- Fasha tukar doa lepas Aidil minta anak cepat

ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan ibu kerana tak dengar nasihat doktor” - Fasha Sandha keguguran

"Terima kasih diatas panggilan apa pun untuk saya. Semoga awak sihat selalu," katanya.

Fasha menjawab komen seorang pengikut di akaun Instagram @mstaronlineofficial pada Isnin.

Fasha jawab komen seorang pengikut di IG mStar.

Dalam komen yang ditinggalkan itu, netizen tersebut mengkritik tindakan Fasha berkongsi tip kehamilan sehingga terlupa tip supaya tidak mudah gugur.

"Tulah sibuk nak bagi tip cepat hamil sampai lupa tip untuk diri sendiri supaya tak cepat gugur. Kalau tu pun tak serik lagi tak tahu lah," tulis netizen berkenaan.

Setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz, Fasha mengumumkan dirinya sudah hamil pada 21 Mei lalu.

Fasha berkata dia menerima banyak permintaan yang mahu dia berkongsi tip untuk mudah hamil.

Kata pelakon filem Badang ini, rezeki itu datang berkat berdoa kepada Allah dan percaya kepada keajaiban doa itu.

Aidil menitiskan air mata apabila mengetahui isterinya hamil.

Bagaimanapun, rezeki zuriat tidak kesampaian apabila Fasha mengalami keguguran pada usia kandungannya hampir enam minggu.

Fasha berharap semua peminta mendoakan agar dia dan suami kuat melalui dugaan tersebut dan akan terus berdoa serta berusaha untuk dikurniakan cahaya mata di masa hadapan.

"Kepada semua pengikut saya, terima kasih atas semua doa baik terhadap kandungan saya. Doakan kami supaya kuat melalui ujian ini," katanya.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac lalu.

Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Fasha Sandha , Aidil Aziz

Artikel Lain