suria

“Ayah mohon maaf banyak buat salah ketika awak dalam kandungan” - PU Abu timang anak lelaki

PU Abu terharu menyambut kehadiran bayi sulungnya.

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan meluahkan rasa bersyukur apabila bekas isterinya, Ain Afini Latif selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Shah Alam pada Jumaat lalu.

PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, turut menitipkan beberapa pesanan buat anaknya.

"Alhamdulillah tanggal 7 Jun, jam 12.55 tengah hari telah lahir anak hebat dan putera sulung ini.

"Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.

"Ayah mohon maaf sebab banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baby tak aktif perkara biasa” - PU Abu salahkan netizen suka kecam hingga bekas isteri tertekan

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu tak kahwin lari, nikah dengan Hana secara sah di Malaysia

PU Abu berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

PU Abu (kiri) bekas isteri, Ain Afini (kanan).

Dalam pada itu, PU Abu turut mengucapkan terima kasih selain memuji kesabaran dan kekuatan bekas isterinya itu ketika berdepan ujian ketika hamil.

"@ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini.

"Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

"Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan," katanya.

"Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

PU ABU

Selain itu, PU Abu turut berkongsi detik terindah menyambut kelahiran anaknya apabila menjadi individu yang membacakan azan di telinga putera sulungnya itu.

"Saya rasa sangat gembira pada masa sama terharu. Tak sangka saya sudah menjadi ayah.

"Selepas sahaja baby lahir, tangan saya yang menyambut anak itu. Saya terharu dapat azan di telinganya," katanya.

Ketika disoal nama bayinya, PU Abu memaklumkan bakal berkongsi nama bayi lelakinya itu pada 14 Jun nanti.

"Nama saya akan maklumkan kemudian kerana masuk hari ke-7 nanti baru bagi nama dan akan lakukan aqiaqah.

"Perkara-perkara sunnah saya lakukan kemudian," katanya.

PU Abu, anak lelaki

Artikel Lain