Nina Iskandar tak selesa pergerakan dirakam secara 'live' ke laman sosial - Hiburan | mStar

Nina Iskandar tak selesa pergerakan dirakam secara 'live' ke laman sosial

Nina persoalkan tindakan segelintir netizen yang gemar merakam pergerakkan artis.

PELAKON Nina Iskandar mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang gemar merakam dan membuat siaran langsung di laman sosial mereka apabila menyedari kehadiran artis sedang melakukan urusan peribadi.

Menurut Nina, 28, dia tidak kisah jika mereka mahu bergambar bersama tetapi tidak perlu merakam pergerakkannya dari awal hingga akhir.

"Saya tak faham kenapa segelintir orang kena rakam kita ketika mereka sedang live di Instagram dan Facebook mereka. Kita tengah makan ke, kat kaunter sedang berurusan ke, beli barang ke, nampak saja artis terus hala kamera dan terus nak masuk live.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri penolong pengarah turut dituntut mohon maaf, Nina Iskandar sangkal jadi punca perceraian


Luahan Nina di laman Instastory miliknya.

"Saya tak salahkan orang yang buat tu tapi agak-agaklah. Walaupun korang label sebagai artis kita ni pun manusia juga. Nak tegur, ambil selfie bersama, saya tak kisah.

"Tapi sampai nak hala kamera kat kita rakam pergerakan kita dari A hingga Z terutama ketika kita sedang uruskan hal peribadi, bagi saya itu sangat tidak selesa," katanya.

Pelakon drama bersiri Andainya Takdir itu memuat naik status panjang tersebut menerusi Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Nina memberitahu siapa pun akan berasa tidak selesa apabila setiap pergerakkan dirakam secara langsung di laman sosial.

Bagaimanapun, Nina menyedari kemungkinan ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan luahan tersebut namun baginya setiap orang mahukan ruang privasi ketika melakukan urusan peribadi.

Nina mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan luahannya.

"Apa rasa korang bila saya rakam segala pergerakan korang masuk dalam live saya? Waktu korang makan. Waktu korang berurusan dalam bank. Waktu korang nak bayar kat kaunter, tengah sibuk beli barang dan apa lagi?

"Lepas tu bila korang ternampak, kita buat-buat hala kamera tempat lain dan baru nak mula buat kerja. Tak selesa kan? Samalah juga macam kita. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya luahkan.

"Tapi tolong sebelum awak melakukan perkara tu, fikir fasal perasaan orang juga. Kami macam anda semua, mahukan privasi terutama ketika mahu lakukan urusan peribadi," ujarnya.

Nina turut menjelaskan dia hanya meluahkan apa yang dirasakannya dan memohon maaf jika kata-katanya menyinggung perasaan.

Nina Iskandar

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain