suria

Arif Jiwa dah jadi abang! Tya Ariffin selamat lahir bayi perempuan

Asyraf dan Tya timang anak kedua.

ISTERI Asyraf Khalid yang juga pelakon dari Indonesia, Tya Ariffin selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada pukul 9.21 pagi Khamis.

Menerusi perkongsian berita gembira itu di Instagram, Tya dan Asyraf masing-masing memberitahu bayi perempuannya itu diberi nama Azzahra Jiwa Asyraf.

Tya selamat melahirkan anak kedua pada pagi Khamis.

"Alhamdulillah Tya telah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi perempuan pada pukul 9.21 pagi Khamis.

"Syukur kepada tuhan, Selamat datang ke dunia Azzahra Jiwa Asyraf," tulis Asyraf.

Sementara itu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga ibu tiri kepada Asyraf turut tidak melepaskan peluang mengucapkan syukur atas kelahiran itu.

"Alhamdulillah, Subhanallah... Berita gembira di hari yang mulia.

Arif kini bergelar abang.

Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015.

Pasangan itu menimang cahaya mata pertama iaitu Arif Jiwa Asyraf pada 31 Mac 2017.

asyraf khalid, tya ariffin

Artikel Lain