Belum sedia dedah wajah Mr E, Ruhaines tak mahu kekasih terima tempias selebriti

Ruhainies bimbang kehidupan sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai akan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

PELAKON Ruhainies memberitahu belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama sebenar kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia bimbang kehidupan sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai akan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: "Sikapnya membuatkan hati saya terbuka..." - Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila masa saya nak kahwin?” - Ruhainies

"Nak kata sorok boyfriend tu tidaklah sebab saya selalu sahaja keluar bersama dia.

"Cuma... saya belum bersedia untuk kenalkan dia kepada peminat.

"Lagipun kehidupan seorang selebriti ni, kemana sahaja kita pergi, apa sahaja kita lakukan orang akan perhati. Saya tak mahu dia rasa perkara sama," katanya kepada mStar.

Mengakui serius dalam perhubungan kali ini, adik kepada pelakon Risteena Munim ini memberitahu dia sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya iaitu bertunang.

"Sebelum ini saya tak pernah buat kenyataan saya ada boyfriend.

"Tetapi untuk kali ini, saya anggap dia seorang yang sangat istimewa dan saya betul-betul serius dalam hubungan ini.

"Kami jujur sesama sendiri, berkongsi apa yang dilakukan setiap hari dan untuk itu, kami juga ada merancang untuk ke fasa seterusnya," katanya.

Ruhainies belum bersedia berkongsi wajah kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr E.

Bercerita mengenai hubungan jarak jauh yang dihadapinya, Ruhainies berkata ia bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan kepercayaan yang penuh terhadap pasangannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan di London.

Namun dia bersyukur kerana dikurniakan seorang kekasih yang penyayang dan setia kepadanya.

"Dia seorang yang kacak, penyayang, budiman, setia dan sangat pentingkan keluarga. Dia juga bukan sejenis yang bergaul dengan perempuan dan kebanyakkan kawan-kawan dia juga adalah lelaki.

"Saya okay sahaja bercinta jarak jauh kerana kami selalu berhubung. Jadi saya tidak terlalu takut dan risau.

"Yang penting kita saling mempercayai," ujarnya yang sudah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Ruhainies, Elffjohan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain