suria

“Saya menyanyi cuma suara tak jelas”- As'ad dituduh acah-acah buka mulut, padahal 'miming'

As'ad nafi dia hanya sekadar miming ketika membuat persembahan bersama Lah, Lan dan Adeep.

PENYANYI As'ad Motawh menafikan dia sekadar miming ketika membuat persembahan bersama Lah Ahmad, Lan The Typewritter dan Adeep Nahar dalam program Konsert Minggu Ini terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

As'ad atau nama sebenarnya As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 18, berkata dia tidak pernah menggunakan kaedah miming sepanjang karier dalam bidang nyanyian.

"Saya tak miming pun masa persembahan bersama Lah, Azlan dan Adeep. Saya menyanyi bersama mereka cuma mungkin suara saya tidak berapa jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Gimik lagi? Kali ini As’ad Motawh tersungkur ditarik peminat wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan tiada penonton nasib baik tak 'stage dive'! - Ini penjelasan As'ad Motawh


Netizen kritik nyanyian As'ad yang dikatakan sekadar miming.

"Sepanjang dalam karier nyanyian saya tak pernah lagi miming. Sebenarnya saya dah penat nak jawab kecaman netizen ni.

"Ada sahaja yang salah di mata mereka. Walaupun di bulan Ramadan ini pun nak kecam orang," kata As'ad ketika dihubungi mStar.

As'ad diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir netizen yang menganggap dia hanya menyanyi secara miming ketika persembahan yang bersiaran pada Sabtu lalu.

Malah, netizen juga berpendapat penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Senyum itu tidak sesuai berada di satu pentas dengan penyanyi-penyanyi senior.

Dalam pada itu, As'ad menjelaskan kehadirannya pada rancangan tersebut atas permintaan stesen TV tersebut.

As'ad berada di pentas bersama Lah, Lan dan Adeep atas undangan pihak stesen TV.

Namun, As'ad memberitahu dia berasa bangga dapat berada satu pentas bersama penyanyi-penyanyi hebat seperti mereka bertiga.

"Bukan saya sendiri yang menawarkan diri untuk membuat persembahan bersama Lah, Lan dan Adeep di rancangan tersebut.

"Pihak stesen TV tersebut yang jemput, jadi saya datang la. Sejujurnya, saya pun rasa yang mereka bertiga adalah penyanyi yang hebat," ujarnya.

Sebelum ini, As'ad pernah dikecam gara-gara dikatakan sengaja membuat gimik dipeluk peminat dan tersungkur akibat ditarik peminat wanita ketika membuat persembahan di siri jelajah, The Percaya Tour.

Artikel Lain