suria

“Walaupun tindakan telah diambil tapi hati saya tidak tenang”- Linda Rafar mohon maaf kepada netizen

Linda akan meneruskan saman terhadap beberapa individu yang mengeluarkan fitnah melampau.

PELAKON dan penyanyi Linda Rafar memberitahu hatinya tidak tenang walaupun sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan kecaman sehingga menjejaskan reputasinya di laman sosial.

Linda berkata, sempena bulan Ramadan ini, dia mengamil kesempatan untuk memohon maaf berhubung isu buli siber sehingga dia mengambil tindakan undang-undang kepada lebih 100 netizen.

"Walaupun tindakan telah diambil tetapi hati saya tetap berasa tidak tenang. Sempena bulan suci ini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika ada menyakiti anda sama ada secara sengaja atau tidak.

"Saya juga memaafkan kesemua mereka yang pernah meminta maaf kepada saya. Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi allah ini dan tidak salah jika kita yang ikhlas memohon maaf dahulu serta lupakan segala kisah.

"Allah maha melihat... segala kebaikkan dan keburukkan dicatit dan tidak ada satu pun yang akan terlepas. Dunia sementara akhirat selamanyaa. Satu hari kita akan kembali kepadaNya," ujarnya.

Linda menerusi sidang media sebelum ini telah mengambil tindakan ke atas lebih 100 netizen yang memfitnahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dibuli’ isu fitnah jururawat... 100 netizen berdepan saman Linda Rafar

ARTIKEL BERKAITAN: DON mahu saman malu Linda Rafar kerana didakwa fitnah jururawat

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kutuk Linda Rafar isu hina jururawat akhirnya tampil mohon maaf

Linda memberitahu perkara itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Januari lalu, Linda memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen gara-gara pelbagai kecaman dan penghinaan yang dilemparkan terhadapnya kontroversi melibatkan seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan.

Linda berkata, pada sidang media yang di lakukan pada Januari lalu, dia berasa terlalu marah, terhina dan sedih dengan kontroversi yang berlaku sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.

Katanya apa yang dilakukan itu kerana terlalu mengikutkan hati yang penuh kebencian.

"Ketika sidang media sebelum ini saya berasa amat marah, dikhianati, terhina dan sedih.

"Walaupun ibu sudah pergi menghadap ilahi tetapi perbuatan buli siber terhadap saya tidak juga berhenti.

"Hati saya penuh dengan kebencian sehingga peguam saya terpaksa menghantar ratusan notis kepada mereka yang telah memfitnah saya di laman sosial.

"Ada segelintir mereka yang dm (direct message) minta maaf dan saya sudah memaafkan mereka. Tapi ada diantara mereka yang sudah melampau dan saya tak boleh nak bantu, demi menjaga reputasi saya," katanya.


View this post on Instagram

During my last press conference, i felt angry, betrayed, insulted and sad that my mom's passing did not stop cyber bully against me. My heart was filled by rage. My lawyer sent notices to hundreds of persons defaming me but my heart did not come to a closure.. Some dm me saying sorry.. hence some i forgive but some others went out too much that i cant help but to clear my reputation. In the holy month of Ramadhan, i took this opportunity to say sorry if i ve hurt any of you with or without I forgive every nitizen who ask for my forgiveness and in return i m seeking forgiveness too.. Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi allah ini dan tidak salah jika kita yg ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah?? Allah maha melihat.. segala kebaikkan n keburukkan di catit dan tidak ada satu pon yg akan terlepas pandang.. Dunia sementara akhirat selamanyaa.. satu hari kita akan kembali kepadanyaa..? @hafidzahhassan @zetizulkifli @nha_lawfirm

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Linda Rafar, saman

Artikel Lain

Duka dipecat Chelsea, Lampard luah rasa hati