Bekas isteri penolong pengarah turut dituntut mohon maaf, Nina Iskandar sangkal jadi punca perceraian - Sensasi | mStar

Bekas isteri penolong pengarah turut dituntut mohon maaf, Nina Iskandar sangkal jadi punca perceraian

Nina menyangkal dakwaan dia menjadi punca perceraian.

PELAKON Nina Iskandar menegaskan tuduhan dia sebagai punca perceraian seorang penolong pengarah adalah fitnah dan tidak berasas.

Nina, 28, berkata, tuduhan berniat jahat itu memburukkan namanya dan menjejaskan kerjaya sebagai seorang artis.

"Saya ingin membersihkan nama daripada tuduhan jahat yang jelas merupakan satu fitnah apabila menuduh saya punca perceraian seorang penolong pengarah.

"Fitnah tersebut sudah tersebar luas menerusi media sosial yang kononnya memetik sumber terdekat.

"Bagi saya berita berkenaan jelas berniat jahat bagi memburukkan nama dan menjejaskan kerjaya saya sebagai artis," ujarnya kepada mStar Online.

Nina disamping penguamnya, Mohd Irwan Mubarak (tengah) dan Mohd Khairil Abidin.

Pelakon Andainya Takdir itu ditemui pada sidang media khas yang diadakan di The Royal Widad Residence, pada Sabtu.

Nina ditemani peguam iaitu Mohd Irwan Mubarak dan Mohd Khairil Abidin Pada 12 Mac lalu, sebuah portal hiburan melaporkan kononnya Nina menjadi punca penolong pengarah produksi bercerai.

Fitnah itu dipercayai dicetuskan oleh bekas isteri penolong pengarah berkenaan dan turut disebarkan oleh individu yang bekerja sebagai jurusolek artis sebelum dilaporkan oleh media.

Dalam pada itu, Nina berkata fitnah tersebut bukan sahaja mencemarkan nama baiknya, malah turut memberi kesan kepada keluarganya di Brunei.

Nina mahu mengambil tindakan undang-undang.

Justeru dia akan mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran dan membersihkan namanya.

"Sebagai membersihkan nama baik saya daripada fitnah berkenaan, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan itu.

"Saya ingin lebih fokus terhadap kerjaya lakonan dan tidak mahu fitnah seperti ini menganggu emosi dan tekanan kepada keluarga saya," katanya.

Sementara itu, Mohd Irwan berkata, notis tuntutan sudah dihantar kepada tiga pihak iaitu portal hiburan berkenaan, bekas isteri dan juru solek terlibat.

Tambahnya, pihak tersebut perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.

Nina Iskandar

Artikel Lain

Derita si janda muda