suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Semua yang berlaku atas sebab tertentu” - Bekas tunang Remy Ishak buka buku baharu

Ezza Yusof enggan cerita kisah lalu.

SELEPAS lima hari Remy Ishak mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Ezza Yusof sudah berakhir, ahli perniagaan itu tampil bersuara di Instagram miliknya.

Ezza yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 pada Ahad berkata, dia mahu berhenti bercerita atau mengenang kisah lama selain mahu mencipta memori baharu untuk dirinya sendiri.

"Alhamdulillah, selamat ulang tahun kepada saya! Mari kita mulakan hari istimewa ini dengan tenaga baru.

"InsyaAllah mulai hari ini saya akan berhenti menceritakan kisah lama dan memulakan kisah baru untuk diri saya.

Ezza menyambut ulang tahun ke-36 pada Ahad.

"Rahsia untuk berubah ialah dengan memberi fokus kepada tenaga anda bukannya melawan kehidupan lama tapi untuk membina sesuatu yang baru," tulisnya di Instagram pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya belum mampu…” - Remy Ishak putus tunang!

Remy pada Rabu mengesahkan bahawa pertunangannya dengan wanita tersebut berakhir sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, pelakon Pujaan Hati Kanda itu berkata ia bukan disebabkan kehadiran orang ketika sebaliknya hubungan dibina hampir dua tahun itu berdepan dengan pelbagai krisis.

Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof mengikat tali pertunangan pada Mei 2017.

Dalam pada itu, Ezza berkata, biarpun melalui saat kesukaran, dia percaya dapat melaluinya dengan baik.

"Saya akan menjadi lebih baik, tiada siapa dapat menghalang atau melambatkan usaha saya. Saya sentiasa ingat semuanya yang berlaku atas sebab tertentu.

"Apa yang berlaku memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk mengeluarkan koleksi baru, berani dan segar," ujarnya.

Remy Ishak, Ezza Yusof

Artikel Lain