Kontroversi curang... Aliff Aziz berehat daripada media sosial - Sensasi | mStar

Kontroversi curang... Aliff Aziz berehat daripada media sosial

Aliff Aziz tutup ruangan komen.

SEJAK dihimpit kontroversi berlaku curang terhadap isteri apabila keluar dengan pelakon baharu Oktovia Manrose, penyanyi Aliff Aziz lebih selesa berdiam diri dan kurang aktif di laman sosial miliknya.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu, juga dilihat menutup ruangan komen pada beberapa foto di laman sosial miliknya berikutan diserang netizen dengan kata-kata kesat.

Kali terakhir penyanyi berkenaan memuat naik video pada 23 Februari lalu iaitu ketika bercuti di sebuah taman tema.

Pelakon tersebut juga lebih selesa berdiam diri dan enggan mengulas isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah bagi peluang, Aliff Aziz buat hal lagi dengan pelakon baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa jalan pegang tangan Oktovia, Aliff Aziz minta henti tabur fitnah


Aliff didakwa curang dengan pelakon baharu Oktovia Manrose.

Bagaimanapun, pada 7 Mac lalu, Aliff meminta seorang individu berhenti menyebarkan fitnah yang kononnya melihat dia dan Oktovia berpegangan tangan di sebuah pasar raya.

Pada 27 Februari lalu pula, Bella Astillah menerusi Instagram miliknya mendedahkan bahawa suaminya Aliff Aziz sekali lagi berlaku curang dengan seorang pelakon baharu iaitu Oktovia Manrose.

Bagaimanapun, Oktovia menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa dan mengakui kesalahannya keluar dengan suami orang.

Bella dan Aliff Aziz berkahwin pada 9 Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Bella Astillah , Aliff Aziz

Artikel Lain