Didakwa jalan pegang tangan Oktovia, Aliff Aziz minta henti tabur fitnah - Sensasi | mStar

Didakwa jalan pegang tangan Oktovia, Aliff Aziz minta henti tabur fitnah

Aliff didakwa curang dengan pelakon baharu Oktovia Manrose.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz yang terkait dengan kontroversi rumah tangga meminta seorang individu berhenti menyebarkan fitnah yang kononnya melihat dia dan pelakon Oktovia Manrose jalan berpegangan tangan di sebuah pasar raya baru-baru ini.

Aliff berkata, dia kecewa dengan fitnah tidak berasas dan hanya mengeruhkan keadaan berdasarkan cerita yang tidak benar.

"Kepada individu yang mengeluarkan fitnah dimana mendakwa nampak saya dan Oktovia di sebuah pasa raya, sila hentikan sebaran fitnah awak.

"Saya berada di Singapura sejak dua hari lalu untuk bertemu keluarga," ujarnya menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah bagi peluang, Aliff Aziz buat hal lagi dengan pelakon baharu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kesal apa yang terjadi, saya berasa sangat bersalah terhadapnya” - Aliff Aziz

Aliff minta individu henti sebar fitnah.

Pada 27 Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan isteri aktor itu, Bella Astillah yang mendakwa suaminya berlaku curang dengan seorang pelakon baharu iaitu Oktovia Manrose.

Bagaimanapun, Oktovia sudah mengakui kesilapan itu dan meminta maaf atas perkara yang menyebabkan hubungan rumah tangga pasangan tersebut goyah.

Dalam pada itu, Aliff berkata, dia lebih kecewa individu yang menyebarkan fitnah itu merupakan seorang wanita berhijab.

Malah, individu itu tidak mempunyai sebarang bukti kukuh atas dakwaan yang disebarkan.

"Sebelum mana-mana pihak ambil tindakan atas penyebaran fitnah tidak berasas ini, tolong hentikan. Saya dapat tahu individu itu berhijab.

"Bila ditanya ada gambar atau tidak (sebagai bukti), cakap takda tak sempat nak ambil dan sebagainya. Tolong hantikan fitnah ini," tegasnya.


Artikel Lain