Adira dakwa anak dibawa lari, Datuk Red kata habis je pantang Adira hamil lagi

Datuk Red dan Adira bakal menimang cahaya mata ketiga. Foto Instagram @datored

SUAMI kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu menjelaskan dia tidak membawa lari anaknya bersama penyanyi berkenaan sebaliknya membawa mereka bertemu adik-beradik isteri pertama yang dikenali sebagai Datin Red.

Datuk Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red berkata, ia bukan satu kesalahan yang perlu diperbesarkan memandangkan dia adalah bapa dan penjaga kanak-kanak itu.

"Adira balik kampung kerana ayah dia yang juga bapa mertua saya meninggal dunia, saya tidak dapat ikut berikutan ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira kini ibu kepada sepasang cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: “Tambah Tak Apa, Jangan Buang Isteri” - Suami Adira Komen Perceraian Ude

"Ya, saya bawa anak-anak keluar makan, beli baju dan bawa berjumpa dengana adik-beradik dia yang lain," ujarnya kepada mStar Online.

Adnan mengulas mengenai status Adira di Instagram yang mendedahkan dia mendapat berita anaknya dibawa ke tempat lain tanpa kebenarannya sehingga membuatkan dia tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri pengebumian Allahyarham bapanya di Sabah pada Ahad.

Adira memuat naik status di Instagram miliknya.

Bagaimanapun menerusi status itu Adira tidak menyebut siapa yang membawa anaknya keluar tanpa kebenaran namun dipercayai ia ditujukan kepada suaminya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, ada pihak yang kurang senang dengan hubungannya dengan Adira dan beursaha untuk melaga-lagakan mereka.

Bagaimanapun, usaha itu gagal berikutan penyanyi lagu Pujaan Hati itu kini hamil empat bulan anak ketiga mereka.

Ada yang tidak senang dan mahu kami berpisah tapi dia gagal kerana Adira kini hamil empat bulan. Insya-Allah bulan lapan akan lahir anak kesepuluh saya.

DATUK SERI ADNAN ABU

SUAMI ADIRA

Anak kedua Datuk Red dan Adira kini berusia 7 bulan. Ini bermakna Adira hamil lagi selepas dua bulan melahirkan anak keduanya.

"Ada yang tidak senang dan mahu kami berpisah tapi dia gagal kerana Adira kini hamil empat bulan.

"Insya-Allah bulan lapan akan lahir anak kesepuluh saya," ujarnya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Adnan bersama dua anak mereka, Assan dan Anggerik.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama yang diberi Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua Assan pada 9 September 2018.

Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Datuk Red, Adira

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain