suria

Adira kini ibu kepada sepasang cahaya mata

Adira selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8 kilogram pada pagi Ahad. Foto Instagram @adira.suhaimi

PENYANYI Adira Suhaimi selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor pada pukul 10.21 pagi, Ahad.

Menerusi Instagram miliknya, Adira berkongsi foto berkaitan bayi lelaki seberat 3.8 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan itu.

"Alhamdulillah," tulisnya ringkas.

Adira berkongsi berita gembira itu di Instagram.

Laman sosialnya turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikut yang teruja dengan kelahiran bayi tersebut.

"Alhamdulillah, tahniah Adira selamat semua, jaga diri ya," tulis Bellesa.

"Semoga baby sihat... Adira jaga pantang ya, syukur dah dapat sepasang," komen Suhaini pula.

Adira, 26, berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat cahaya mata.

Adira Suhaimi

Artikel Lain