Nabila Razali perah susu, ramai pula otak kuning - Hiburan | mStar

Nabila Razali perah susu, ramai pula otak kuning

Nabila Razali tutup komen pada foto.

PENYANYI Nabila Razali menjelaskan tindakannya menutup ruangan komen pada sebuah foto adalah disebabkan enggan memanjangkan komen-komen berbaur lucah netizen.

Nabila berkata, foto yang memperlihatkan aktiviti sedang memerah susu lembu ketika menjalani penggambaran program travelog baru-baru ini bukan sesuatu yang pelik atau salah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suara bodoh tu macam mana?” - Nabila Razali sedia dikecam bukan dengan perkataan kesat

"Saya tutup ruangan komen kerana tidak mahu netizen yang 'otak kuning' terus komen yang bukan-bukan.

Nabila bersama Ismail Izzani dan Haqiem Rusli dilantik sebagai The Squad Galaxy A.

"Walhal foto itu tiada salah dan saya hanya berkongsi aktiviti ketika penggambaran di Brisbane, Australia. Saya tidak tahu mengapa ramai yang berfikiran ke arah yang negatif," ujarnya.

Bagaimanapun, Nabila berkata, dia tidak akan memadam foto berkenaan daripada laman sosial itu berikutan ia bukan satu tindakan wajar.

Nabila ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Samsung Galaxy A yang diadakan di Hotel W Kuala Lumpur, malam Isnin.

Penyanyi lagu Vroom Vroom itu dilantik sebagai skuad Galaxy A bersama Ismail Izzani dan Haqiem Rusli.

Bercerita tentang perlantikan tersebut, Nabila berkata, dia bakal merakamkan lagu khas untuk produk telefon itu bersama dua rakan selebriti itu.

"Alhamdulillah, dipilih sekali lagi untuk tahun ini bersama dua selebriti dalam mempromosikan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy A.

"Insya-Allah pihak Samsung sudah ada beberapa perancangan untuk kami iaitu salah satunya kami akan merakam sebuah lagu khas bertiga tidak lama lagi," ujarnya.


Nabila Razali

Artikel Lain