suria

Selepas kahwin, tiada lagi fitnah kata Ameer Forteen

Ameer Forteen bersama isterinya Siti Nurnaja'a

PENYANYI Ameer dari kumpulan Forteen memberitahu kehidupannya lebih terurus selepas bergelar suami kepada wanita pilihannya Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar pada 1 Mac lalu.

Ameer atau Mohd Arif Ameerais Azhar, 29, berkata, mereka juga bebas untuk keluar bersama tanpa sebarang pandangan negatif yang menimbulkan fitnah.

"Alhamdulillah sudah dua minggu bergelar suami kehidupan lebih baik dan bahagia.

"Selepas kahwin senang untuk keluar kemana-mana bersama dan secara tidak langsung mengelakkan timbul fitnah," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Diam Saja’ tiada kaitan dengan Izzue, Forteen enggan cari pengganti


Ameer bersama ahli kumpulan Forteen One dan Ariz.

Ameer ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Forteen berjudul Diam Saja baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ameer mengakui tanggungjawabnya kini lebih berat sebagai ketua keluarga.

"Sudah tentu perbezaan ketara daripada segi tanggungjawab, dulu fikir tentang diri sendiri.

"Sekarang ada isteri dan ahli keluarga lain juga menjadi komitmen kami bersama," ujarnya.

Katanya, dia juga perlu bijak membahagi masa bersama kerjaya, rakan-rakan dan isteri.

Ameer Forteen

Artikel Lain