“Terima kasih Ifa Raziah” - Roslan Shah - Hiburan | mStar

“Terima kasih Ifa Raziah” - Roslan Shah

Roslan Shah tersentuh hati apabila Ifa membalas senyumannya ketika bertentang mata di sebuah karnival di Singapura Ahad lalu.

PENGACARA Roslan Shah tersentuh hati apabila penyanyi Ifa Raziah membalas senyumannya apabila mereka bertentang mata ketika sama-sama menjayakan sebuah karnival di Singapura, Ahad lalu.

Roslan berkata, dia menganggap perkara itu sebagai positif kerana tidak mahu lagi memanjangkan sengketa di antara mereka berdua sejak tahun lalu.

"Terima kasih Ifa Raziah berikan senyuman apabila malam tadi lalu di depan booth Cik Lan di Singapura Expo dan Cik Lan pun sebut nama Ifa walaupun ramai yang sedang memerhatikan.

"Apabila Ifa Raziah ternampak muka Cik Lan, Ifa berikan senyuman dan Cik Lan membalas senyuman serta menyebut nama Ifa.

Roslan memuat naik status di Instagram.

"Bagi Cik Lan sebagai orang Islam, Cik Lan tak nak bermusuh antara satu sama lain... Ikhlas dari Cik Lan," katanya.

Sebelum ini, nama kedua-dua selebriti ini menjadi perhatian ekoran pertikaman lidah di antara mereka sehingga membawa kepada pelbagai tuduhan dan laporan polis.

Dalam pada itu, Roslan berharap tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan terhadap perkembangan positif itu dan cuba menjadi dalang untuk mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya tidak berminat nak bermusuh antara satu sama lain... Diluar sana tolong jangan menjadi dalang ya. Doakan yang baik-baik sahaja.

"Hentikan niat syaitan anda semua. Amin," katanya.

Ifa Raziah , Roslan Shah

Artikel Lain