“Suara bodoh tu macam mana?” - Nabila Razali sedia dikecam bukan dengan perkataan kesat

Nabila boleh terima sebarang kritikan negatif yang boleh membantunya untuk perbaiki menjadi lebih baik.

PENYANYI Nabila Razali berasa sedih melihat segelintir netizen yang menggunakan perkataan-perkataan kasar untuk mengutuk nyanyiannya menerusi lagu terbaharu Vroom Vroom.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata dia boleh sahaja menerima sebarang kritikan negatif yang boleh membantu memperbaiki kelemahannya namun bukan dengan perkataan kesat.

"Kadang-kadang saya sedih juga tengok netizen yang komen dengan perkataan-perkataan kesat dan kasar ini. Bila buka IG mereka, muka baik dan ada keluarga.

"Tapi menggunakan bahasa kesat untuk kecam orang. Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima, lebih baik saya tak jadi penyanyi kan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali tak sedar nyanyian sumbang, dah lali dikecam


Antara komen negatif daripada netizen yang menggunakan perkataan kasar.

"Ni kata suara saya macam bodoh. Tapi suara bodoh tu macam mana? Kalau kata suara saya sengau, boleh la saya perbetulkan jadi lebih baik," katanya kepada mStar Online.

Nabila diminta mengulas mengenai tweet netizen di laman Twitter yang mempersoalkan bagaimana dia boleh menjadi penyanyi sedangkan mempunyai suara macam bodoh.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Permata Hati ini tidak cepat melatah dan hanya membalas semula komen tersebut dengan baik.

Dalam pada itu, pelakon drama Sunsilk #SISCUBA ini bersyukur single keempatnya itu sudah mencecah lebih 1.4 juta tontonan dan kini trending nombor tiga di YouTube.

Muzik video lagu Vroom Vroom yang dimuat naik pada 23 Januari lalu kini trending nombor tiga di Youtube.

Nabila turut berterima kasih kepada semua yang menyokong biarpun dikecam dan masih ada segelintir yang tidak dapat menerima lagu tersebut.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat lagu itu sudah menjadi trending nombor tiga di Youtube selepas seminggu dilancarkan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong. Walaupun ada lagi segelintir yang tidak dapat terima lagu itu.

"Tapi saya tahu, Insya-Allah lama-kelamaan mungkin mereka akan terima. Mungkin disebabkan ia bergenre berbeza, jadi ambil masa untuk diterima baik.

Nabila Razali, Vroom Vroom

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain