Darah mengalir macam air, terasa di kepala - Achey - Hiburan | mStar

Darah mengalir macam air, terasa di kepala - Achey

Achey mengalami hidung berdarah sejak menyertai program Maharaja Lawak Mega 2018. Foto Instagram @acheykintangkintung

PELAWAK dan penyanyi Achey buntu apabila kerap mengalami hidung berdarah walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 32, turut memberitahu setiap kali masalah itu berlaku, darah yang mengalir keluar bagaikan seperti air paip sehingga terasa di bahagian kepalanya.

"Tak tahu apa hal, kerap begini. Pagi kena sekali, malam kena lagi... Sekarang macam air paip. Terasa kat otak benda (darah) itu mengalir," katanya menerusi posting di Instagram.

Dalam status itu Achey turut memuat naik gambar dan video memperlihatkan hidungnya berdarah.

Achey berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana mengalami panas dalam badan namun dia pelik kerana ia berulang dengan kerap.

Achey.

Beritahunya lagi, hidungnya juga kerap berdarah ketika dia menyertai program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) baru-baru ini.

"Masa Maharaja Lawak Mega 2018 tu selalu kena. Orang cakap panas dalam. Klinik pun begitu panas dalam. Penyelesaian dah ikut tapi kena juga," katanya.

Dalam pada itu, Achey berkata, keadaannya itu mungkin disebabkan kerana dia terlalu kuat bekerja namun ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

"Apa-apa pun doakan saya baik-baik sahaja... Kerja keras? Mestilah ada benda nak rolling dan ada tanggungjawab. Kerja keras itu mesti, cuma macam kena berehat seketika," ujarnya.

Achey

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.