suria

Dikutuk ketiak berkedut... Itu semua kerana diet dan 16 jam berpuasa - Sharifah Sakinah

Foto yang memperlihatkan bahagian ketika Sakinah menjadi bahan kutukan netizen di laman sosial.

PELAKON Sharifah Sakinah mendedahkan sebelum ini dia pernah berbadan gemuk dan berjaya menguruskan badan dengan melakukan kardio dan mengamalkan diet dengan cara berpuasa selama 16 jam dan menikmati makanan lapan jam seterusnya.

Sakinah atau Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 30, berkata senaman dan diet tersebut telah menyebabkan kulit berlebihan di bahagian ketiak dan perut sukar untuk dihilangkan.

"Ini kisah sebenar. Dulu saya gemuk (tak pernah tangkap gambar). Untuk turunkan berat saya banyak buat kardio (berlari) jadi kurus secara mengejut beserta intermitten fasting.

"Ya memang akan cepat turun. Jadi bila dah kurus, kulit saya yang berlebihan susah betul nak hilang (ketiak, perut semua gelebeh).

Sakinah menjelaskan kulitnya yang berlebihan itu disebabkan pernah mempunyai badan yang gemuk.

"Nak kurus senang sangat. Nak fit tu yang susah! Terutama awak tak ambil makanan tambahan dan buat secara semula jadi," katanya.

Sakinah mendedahkan perkara tersebut di laman Instagramnya selepas foto dia yang memperlihatkan bahagian ketiak menjadi bahan kutukan netizen.

Tambah pelakon drama Selafaz Cinta ini, dia juga mengimpikan untuk memiliki otot seperti jurulatih namun ia memerlukan latihan yang kerap dan pengambilan kolari yang betul.

Menurut Sakinah, biarpun sudah berjaya kuruskan badan dan menjaga pemakanan namun dia ingin lebih fokus untuk memiliki badan yang cergas tanpa perlu melakukan pembedahan.

Sakinah berkongsi foto dia ketika badan berisi.

"Saya harap saya ada otot seperti jurulatih lain. Ia merupakan campuran genetik, gaya latihan, tujuan, kekerapan dan pengambilan kalori. Tidak hanya satu perkara.

"Saya berjaya kurus dan jaga makan. Tapi sekarang tujuan saya untuk fit! Jom buat sama-sama nak? Malu apa semua orang. Asalkan semula jadi tak buat pembedahan," ujarnya.

Dalam pada itu, adik kepada penyampai radio Suria Fm, Sharifah Shahirah ini turut berkongsi foto ketika badannya berisi.

"Saya tak pernah kongsi! Sebab semua orang minta masa bila saya berisi. Jadi, inilah! Diet berasaskan tumbuhan-puasa-kardio," katanya.

Sharifah Sakinah

Artikel Lain