"Kadang-kadang kita kena jadi bodoh untuk orang lain rasa pandai" - Janna Nick - Hiburan | mStar

"Kadang-kadang kita kena jadi bodoh untuk orang lain rasa pandai" - Janna Nick

Video Janna seakan berbual dengan kekasih mengundang kecaman netizen.

PELAKON dan pengacara Janna Nick menganggap komen netizen yang menyatakan dia memiliki kecantikan tapi tiada otak sebagai satu pujian.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 24, berkata kadang-kadang seseorang itu perlu berlagak kurang cerdik untuk orang lain berasa lebih pandai.

"Cantik tanpa otak. Saya mengambil ini sebagai pujian. Kalau awak sangat pandai, awak akan tahu apa sebenarnya saya lakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Haneesya Hanee, jangan ulangi lagi” - Itu pesan Janna Nick


Janna mengambil komen negatif netizen sebagai satu pujian.

"Anda semua menyebarkan video bodoh ini seperti yang saya mahukan. Jadi, siapa yang sebenarnya bodoh? Atau awak rasa orang pandai tak boleh berkelakuan bodoh?

"Tak ke bosan asyik nak jadi pandai saja. Kadang-kadang kita kena jadi bodoh untuk orang lain rasa pandai," katanya menerusi laman Twitter.

Janna membalas salah satu tweet daripada netizen yang menyatakan video kononnya dia sedang berbual dengan kekasih itu membuatkan orang lain menganggap dirinya kurang cerdik dan mahukan perhatian.

Pelakon drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf ini sememangnya gemar memuat naik video seakan sedang berbual dengan kekasih di laman sosialnya.

Janna kembali bersuara lantang selepas setahun 'senyap'.

Dalam pada itu, Janna memberitahu dia telah berjaya melaksanakan azam tahun lalu untuk tidak memberi respon terhadap komen-komen negatif.

Kata pengacara program Melodi ini, dia kini kembali bersuara lantang namun tidak mahu melayan orang yang mempunyai pemikiran kurang pandai.

"Azam 2018 saya tak mahu bertindak balas dengan satu komen negatif pun. Dan saya berjaya! Setahun tak bersuara... Senyap!

"Tapi tu azam 2018 sajalah. Janna Nick bersuara lantang dah kembali. Tapi kalau jenis yang bodoh-bodoh sangat tak kuasa la nak layan," ujarnya.

Janna Nick

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain